Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sambut ‘Anniversary’ Yang Ke-5, Shalma Ainaa Tak Tertekan Belum Dikurniakan Zuriat

Shalma Ainaa dan suami

Pengacara yang dikenali ramai, Shalma Ainaa menyambut ulang tahun perkahwinan tahun kelima bersama suami, Wan Immar Izzat pada 17 September lalu berkata dia tidak berasa tertekan apabila belum mempunyai rezeki dikurniakan cahaya mata.

Advertisement

Menurut Shalma dalam perkongsiannya di saluran YouTube miliknya baru-baru ini, dia serta suami kini bahagai melayari kehidupan sebagai suami isteri dan menyerahkan soal zuriat kepada Ilahi.

Saya selalu melihat setiap perkara dari sudut yang positif seperti apa yang kami miliki sekarang sudah cukup bahagia. Saya memang sukakan kanak-kanak, cuma Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Tambahnya lagi, dia turut memberi nasihat kepada pasangan yang belum dikurniakan zuriat agar tidak berasa tertekan untuk mendapatkan anak atas kerana tekanan dari pihak lain.

Kena selalu ingat yang kita tidak boleh buat semua orang gembira. Cukuplah sekadar kita dan pasangan berasa gembira dengan kehidupan yang dilalui.

Shalma Ainaa dan suami

Sekadar info, Shalma atau nama sebenarnya Shalma Ainaa Bruhanutheen dan Imar mendirikan rumah tangga pada 17 September 2016 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    September 23, 2021 at 3:43 pm

    memang adik wan emir pun. si shalma aina ni biras mira filzah

  2. tecit

    September 23, 2021 at 11:16 am

    husband die mcm ade iras2 wan emir la. tp versi tembam. betol tu Allah xkate kawen tu wajib ade anak. xjanji pasti akan ade anak. tawakal n redha itu yg terbaik.

  3. anonymous

    September 23, 2021 at 9:41 am

    muka hero tamil kollywood

  4. Anonymous

    September 23, 2021 at 9:35 am

    ye betul, jangan peduli pasal orang lain.. yang penting kita bahagia berdua bersama suami.. orang2 yang bertanya pasal anak tu jangan nak amik kerja Allah.. ada anak ke tidak tu urusan Dia.. ingat orang yang berkahwin tu xde usaha nak anak ke? ingat buat anak tu petik kat pokok boleh dapat.. macam2 netizen ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top