Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk seluruh ahli keluarga berhimpun, bertanya khabar, ambil gambar OOTD, makan rendang dan juga bermaaf-maafan. Jarang kita mendengar pasangan suami isteri menyambut hari raya secara berasingan. Iyerlah, time raya la nak pakai baju sedondon, amik gambar dengan isteri serta anak-anak, upload kat Instagram dan sebagainya.
Jadi memang tidak pelik apabila netizen kehairanan melihat Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim yang beraya secara berasingan. Seorang di Kelantan, seorang di Pulau Pinang..Kepelikan ini telah berjaya dikesan oleh netizen apabila Fizo dan Mawar masing-masing memuatnaik gambar tanpa pasangan di sisi menerusi Instagram mereka di lokasi berlainan. Spekulasi juga semakin bertiup kencang apabila Fizo memuatnaik gambar anaknya, Mawar tanpa dirinya dan isteri sebagai ucapan selamat hari raya.
Sementara itu Mawar juga hanya memuatnaik gambarnya bersama Maryam tanpa Fizo. Malah ucapan hari raya Mawar juga tidak menyebut nama suaminya itu. Fuh!!!
Sehubungan itu, netizen mula membuat spekulasi bahawa hubungan suami isteri antara Fizo dan Mawar mempunyai masalah sehingga menyebabkan mereka berhari raya secara berasingan. Nampaknya hanya Fizo dan Mawar tahu perkara sebenar yang terjadi dan mereka harus tampil membuat penjelasan sebelum khabar angin yang tidak betul semakin bertebaran. Apa pun kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Sumber Forum Cari.