Sambut Aidilfitri Norma Baharu Bersama Huawei Y6P – Skrin, Bateri & Gaya Besar, Hanya RM559

Teknologi

Sambut Aidilfitri Norma Baharu Bersama Huawei Y6P – Skrin, Bateri & Gaya Besar, Hanya RM559

Tahun ini Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam keadaan norma baharu yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku. Tiada kunjung mengunjung, tiada rumah terbuka dan tidak boleh pulang ke kampung halaman. Tambah menyedihkan, ada yang terpaksa berhari raya seorang diri kerana tidak sempat pulang ke pangkuan keluarga tercinta sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Advertisement

Namun, kesemua dugaan dan cabaran ini tidak menghalang umat Islam di Malaysia untuk menyambut hari raya dengan gembira. Kemeriahan dan kehangatan di pagi Aidilfitri tetap terasa walaupun hanya disambut dengan keluarga terapat sahaja. Dan sesungguhnya • Hari Raya lebih bermakna dengan adanya Huawei Y6p, telefon baharu oleh Huawei yang ditawarkan pada harga RM559 – harga berpatutan tetapi padat dengan ciri-ciri terbaharu serta canggih.

Sesuai dipadankan dengan baju raya

Walaupun ramai yang bersedih tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya, Aidilfitri kali ini tetap meriah dengan panggilan video sesama sanak saudara sepanjang Syawal ini. Dengan skrin dan bateri yang besar, Huawei Y6P membolehkan kita melihat dengan lebih jelas dan lebih lama wajah mereka yang dirindui. Nak simpan gambar dan video OOTD hari raya pun tak ada masalah kerana ruang storan HUAWEI Y6P memang besar. Selain itu, Y6p mempunyai 3 warna menarik iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black yang sesuai ipadankan dengan apa jua jenis baju raya anda, sekaligus memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.

Panggilan video bersama yang tersayang

huawei y6p dew drop display

Walaupun yang tersayang berada jauh di mata, mereka tetap sentiasa dekat di hati dengan Huawei Y6P yang mempunyai skrin bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1600×720. Anda akan terasa amat selesa untuk membuat panggilan video dengan yang tersayang sepanjang bulan Syawal ini untuk bermaaf-maafan dan bertanya khabar.

Rakam memori di Aidilfitri

Aidilfitri kali ini pastinya penuh dengan kelainan kerana PKP, jadi kita tidak boleh terlepas peluang untuk merakamkan segala memori sepanjang Syawal ini. Untuk makluman, Huawei Y6p didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sesuai untuk mengambil gambar dan video pada Hari Raya. Inilah masanya untuk anda merakamkan i video ibu sedang memasak dan hantarkannya kepada adik beradik lainyang tidak dapat balik berhari raya bersama. Y6p juga mempunyai ruang memori besar iaitu 64GB yang boleh menyimpan gambar dan video yang banyak. Jadi anda wajib ambil gambar berpakaian sedondon sebanyak yang boleh untuk tatapan ahli keluarga lain. Last but not least, pelanggan Huawei yang membeli peranti Y6p layak untuk mendapatkan 15GB storan awan secara percuma selama 12 bulan . Jadi anda tidak perlu risau sama ada cukup storan untuk semua video dan gambar raya sepanjang bulan Syawal ini.

Duit raya tanpa tunai

Walaupun berjauhan, duit raya tetap perlu diberi sekiranya kita berkemampuan. Iyerlah raya kan setahun sekali je? Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai.

Tak payah nak jumpa face to face atau bersalam-salaman pun. Setiap peranti Huawei termasuklah model Y6p ini mempunyai akses kepada AppGallery ,dimana ia menawarkan beratus applikasi terkini untuk kemudahan kita.

Antara applikasi popular yang ada di dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Masih boleh hantar dan terima duit raya dengan mudah. Insya Allah bertambah-tambah pahala kita.

Tonton filem bersama-sama di rumah

viu huawei y6p

Khas untuk para pembeli Huawei Y6p, anda akan menerima tawaran langganan applikasi Viu secara percuma untuk 2 bulan. Cara untuk mendapatkan tawaran ini mudah sahaja. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini.

Kalau anda kaki tonton drama dan filem Korea, memang wajib rebut peluang ini kerana dalam applikasi Viu ada beratus-ratus drama dan filem Korea yang akan boleh ditonton bersama keluarga tercinta.

Tunggu apa lagi?

Tiada lagi alasan untuk anda tidak mendapatkan Huawei Y6p. Dengan harga serendah RM 559, anda bakal mendapat telefon pintar yang lebih BESAR nilainya. Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi Huawei di kedai fizikal serta dalam talian di pautan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HUAWEI atau pun Facebook HUAWEI Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...