Penyanyi, Farisha Iris akui dia tidak kisah untuk menghabiskan masa usia mudanya dengan menuntut ilmu sehingga ke peringkat tinggi.
Farisha atau nama sebenarnya Farisha binti Asmadi mendedahkan perkara itu selepas ada segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat ‘Master’.
Menurut individu tersebut, penyanyi berusia 23 tahun itu mungkin akan menjadi anak dara tua atau ‘andartu’ kerana terlalu sibuk dengan pengajian.
Ini study sampai master ke sampai tua.
Malah, individu berkenaan turut membezakan kehidupan Farisha dengan wanita lain yang mana mereka semua sudah bahagia mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak kecil.
Orang lain anak 3, you andartu.
Tidak berdiam diri, Farisha menegaskan dia lebih rela dilabel ‘andartu’ daripada bersama dengan lelaki yang bermasalah.
Belajar sampai tua. Okay la tu, dari stress dengan lelaki tak guna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anonymous
December 8, 2022 at 11:46 am
bagus jawapan ko dik.. acah2 je nak cakap orang, esok2 ko terperuk kat dapur, orang tu bersenang lenang hasil usaha dia.. biar la dia, dah rezeki dia nak belajar.. baru 23 andartu ke?kalau dah 43, 53 tu ye la jugak
aku
December 7, 2022 at 2:37 pm
belambak la kat luar tu pon nk jd topik ke