Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sambung Belajar PhD, Fattah Amin Dipuji Netizen Dan Jadi Sumber Inspirasi

Meskipun sudah popular dan dihujani dengan pelbagai tawaran lakonan, nyanyian mahupun menjadi duta produk, pelakon Fattah Amin nampaknya tidak mahu bergantung kepada populariti dan bakatnya semata-mata.

Advertisement

Walaupun mempunyai jadual yang agak padat, beliau masih lagi mempunyai wawasan yang tinggi dan mencuri sedikit masa untuk menyambung pelajarannya di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia, Kuala Lumpur.

Muat naik foto sedang menulis nota di dalam kelas dengan kapsyen “It’s never too late to learn about new things, gain more experiences and new knowledge. #roadtophd”, Fattah telah mendapat pujian daripada netizen yang memuji semangat beliau untuk terus menunut ilmu.

Fattah juga dijadikan sumber inspirasi untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selain melabelkan Fattah sebagai artis yang patut dicontohi.

Tahniah kepada Fattah yang mempunyai cita-cita dan memikirkan masa depannya, harapnya selepas ini ada lagi ramai golongan artis melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi dan tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata. Pakej wajah tampan atau cantik juga bukanlah jaminan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 Comments

  1. Anonymous

    July 13, 2018 at 9:56 am

    What ever….

  2. Roadtophdtoo

    July 13, 2018 at 2:05 am

    Macam auta ja..Ikut ranking UUM nombor 7 out of 27. Saya ni masuk dua tiga universiti dah nak menimba ilmu.Tengok kawan2 belajaq UUM dapat ja kerja depa tu. Point dia mau communication skills xbguih, dukla University of Durham pun, tetap kelaut dalam jugak.

    • perwatakan diri

      July 13, 2018 at 7:51 am

      Ye kot..PR tu yg penting tuk dptkn keje…dh PR tk bagus xde skill mmg interview kelaut lh..pengetahuan am lbh sikit..confiden diri tu penting..Dan jgn mandai2…

  3. Anonymous

    July 12, 2018 at 4:48 pm

    alamak…busuk hati nyeee komen2 netizen ni… lenkali check la dulu .. ni main terjah je. dh termalu sendiri. kesian aku tgk ko fattah. ko buat ape semua tak kena.. nasib lah jadi org hebat ni dugaan byk bro. artis lain aku tgk ade je guna #roadtophd. ok je. bile part ko..abis kena kecam eh… jap jap. so takleh guna #roadtophd sbb die bukan tgh buat phd? english letak mane…? so.. nk guna #roadtojannah mcm mn pulak? ramai guna tu pdhal tak tentu lagi syurga je neraka? … bila england guna #itscominghome. walhal. x tentu lagi pun menang n diorg out punnn acaner tu? so bebal. ke ape?

    busuk sgt meleis ni… die gigih belajar.. dh lame dh. final year dah. sape kate blajar sbb sendu? n sape kate sendu? if sendu takde la beruknara ni nak cover crita fattah..n korg pun xde budus nak sebok komen kat sini khennnnn… kepoci lahhhh…

  4. Ameerah

    July 12, 2018 at 3:16 pm

    Bukan ke, dia pernah buat degree kat UITM Puncak Perdana?

    • Anonymous

      July 12, 2018 at 3:34 pm

      HAah dulu uitm tp dia berhenti. Sebab nk jd artis.

      Alaa takdelah hebat mana pon sebab uum yg offer fattah. Tomok pon dapat jugak offer ni. Biasalah sape tak kenal vc uum memang giler glemer. Pastu selalu jemput artis2 utk event. Korang xyah impress sgt la hahaha. Belajar pon freee je. Xdatang kelas pon tak pa aihh.

    • Anonymous

      July 12, 2018 at 3:45 pm

      takpelak makcik..sekurangnya dia ada keinginan dn cita2 itu..daripada makcik..ishh malulah nk tulis..hahahhahahaha

    • HR

      July 12, 2018 at 4:04 pm

      UM,UKM.USM.UIA,UTM..aku respect tapi kalo UUM adeeh..melambak yg pengganggur dari situlh..pengalaman aku bila wat interview bdk2 mintak keje ni..kalo dpd UUM mmg bdk tu ada kureng bila jwb soalan..Dan bos aku lak mmg x mau sijil UUM ni..nasib la..
      Jgn marah sape2 yg ada sijil UUM..x semua org mcmtu ok…

    • Anonymous

      July 12, 2018 at 5:44 pm

      Hahaha setuju !
      Belambak penganggur dari uum. Kos pon ntah apa2 fattah ambil.

    • Anonymous

      July 12, 2018 at 6:18 pm

      Uum ? = stok2 budak kena lelong je. Kos lelong hahahhh.

      Budak2 yg pointer rendah x dpt masuk mana2, masuk uum laa hahah

    • SulaimanAkhlaken

      July 12, 2018 at 11:39 pm

      mana ada. .Susah ok belajar di UUM .Kita ambik master pun macam nak mati ja..Lecturer banyak gak yang killer..Tempat ilmu orng brlajaq,jangan pandang rendah,silap2 depa tula jadi tok guru anak2 kita..

    • Roadtophdtoo

      July 12, 2018 at 11:46 pm

      Haha..Macam tak elok ja mengata tempat orang menuntut ilmu..Kena tengok jugakla,kalau tak all out xdakla orang nak amik kita kerja. Saya UUM pernah, ok ja belajar dan mengajar di sana,pernah jugak failkan budak sebab belajar main2.Kesimpulannya, jangan pukul rata apa yang kita tengok dan nampak.Banyak pelajar UUM siap dapat buat fastrack lagi di London biasiswa hebat lak tu.Bukan UUM taja,orang luar yang taja

    • Anonymous

      July 13, 2018 at 12:51 am

      Itu fakta bkn auta jgn sentap UUM..

  5. Anonymous

    July 12, 2018 at 1:32 pm

    Baru nk ambil degree kan. Tulis jelah degree. Ayat xnak kalah adik Tah ni. Hahahh

    Kena la sambung sebab sedar dah senduu. Kann kann? Nanti kakak pajura tanggung la eh? Eh

    • jas

      July 12, 2018 at 2:10 pm

      Tak baik cakap macamtu..Kalau orang nak belajar,tak boleh ka kita support atau cakap baik2.. Kalau dia sendu,daripada hidup kemurungan baik sambung b

    • Anonymous

      July 12, 2018 at 8:21 pm

      Dia bukan sendu lah..dia sendiri yg plan nak slow since ujung taun lepas sbb nak focus bisnes n pelajaran..

    • Anonymous

      July 12, 2018 at 8:25 pm

      Kesian fans fattzura. Kemain ckp fattah slowdown sebab nk focus study kahkah. Dah memang sendu der. Xde job. Dia pon x bodoh nak slowdown kalau betol job tgh byk. Sebab takde job lerrr.

    • Subaidahnasikkandaq

      July 12, 2018 at 11:36 pm

      Rezeki tu daripada Allah, daripada asyik dapat offer watak cliche ja sepanjang masa, pakai necktie,naik merc, kahwin paksa sebab nk satukan keluarga, pastu jadi Pilot yang jalan2 kot airport ja baik dia kahwin n sambung belajar.Hahaha

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top