July 12th, 2018

Meskipun sudah popular dan dihujani dengan pelbagai tawaran lakonan, nyanyian mahupun menjadi duta produk, pelakon Fattah Amin nampaknya tidak mahu bergantung kepada populariti dan bakatnya semata-mata.

Walaupun mempunyai jadual yang agak padat, beliau masih lagi mempunyai wawasan yang tinggi dan mencuri sedikit masa untuk menyambung pelajarannya di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia, Kuala Lumpur.

Muat naik foto sedang menulis nota di dalam kelas dengan kapsyen “It’s never too late to learn about new things, gain more experiences and new knowledge. #roadtophd”, Fattah telah mendapat pujian daripada netizen yang memuji semangat beliau untuk terus menunut ilmu.

Fattah juga dijadikan sumber inspirasi untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selain melabelkan Fattah sebagai artis yang patut dicontohi.

Tahniah kepada Fattah yang mempunyai cita-cita dan memikirkan masa depannya, harapnya selepas ini ada lagi ramai golongan artis melanjutkan pelajaran ke pringkat lebih tinggi dan tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata. Pakej wajah tampan atau cantik juga bukanlah jaminan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya.


74 responses to “Sambung Belajar PhD, Fattah Amin Dipuji Netizen Dan Jadi Sumber Inspirasi”

  1. Rap says:

    Sendu..senduu…senduuuu….kahkahkah ko mmg dh senduu patah oii…kahkahkah…samb blajar je lh yg tbaik utk ko…

  2. Anonymous says:

    Sendu..senduu…senduuuu….kahkahkah ko mmg dh senduu patah oii…kahkahkah…samb blajar je lh yg tbaik utk ko…

  3. Anonymous says:

    Sendu..senduu…senduuuu….kahkahkah ko mmg dh senduu patah oii…kahkahkah…samb blajar je lh yg tbaik utk ko…

  4. Jojo says:

    Bagus Fattah. Boleh lah suruh Bini pula ambil PMR.. dulu ada gossip kata tak sempat ambil exam.

Loading...