Sekitar hujung tahun 90-an dahulu, drama dan filem Jepun pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Abang Nara turut sama mengalami kegilaan ini. Banyak gila drama Jepun yang Abang Nara layan. Antaranya Beautiful Life, Great Teacher Onizuka dan Densha Otoko.
Hero feveret Abang Nara sudah tentulah Takuya Kimura. Dahlah hensem, berlakon pun power. Hampir kesemua drama Takuya Kimura sudah pun ditonton oleh Abang Nara. Walaupun demam drama Jepun sudah pun berkurangan, impak yang ditinggalkan masih hebat. Buktinya, ramai rakyat Malaysia yang jatuh cinta dengan budaya Jepun sehingga ke hari ini, termasuklah makanan dan minuman dari negara matahari terbit itu.
Okashi World merupakan kedai popular buat para penggemar produk dari Jepun. Macam-macam ada dijual di dalamnya. Selain daripada kedai fizikal di Publika, Kepong dan USJ, Okashi World juga turut menjual produk mereka di Rakuten Malaysia.
Teringin mengimbau kenangan silam dan beromantik bersama isteri sambil menonton drama Beautiful Life (serius drama nie best tolonglah tengok), Abang Nara pun melayari Okashi World di Rakuten untuk membeli beberapa snek dan minuman. Iyerlah, sambil tengok cerita Jepun, mulut kenalah mengunyah makanan Jepun jugak. Barulah feel tue lebih sikit. Jom kita tengok apa yang ada dijual di Okashi World.
Abang Nara suka dengan kategori yang disediakan oleh Okashi World untuk memudahkan para pembeli melihat produk yang ditawarkan. Kalau nak beli minuman, boleh terus klik kategori “Japanese Beveragesâ€, rasa nak beli snek, terus tekan “Japanese Confectioneryâ€. Bukan makanan pun ada jugak. Mana tahu korang teringin nak beli syampu dari Jepun. Semuanya ada dijual di Okashi World.
Mula-mula Abang Nara ingatkan nak beli sikit je. Sekali tue sebab banyak sangat produk yang best-best, terbeli banyaklah pulak. Sampai beratus-ratus ringgit. Huhuhu. Tapi tak apa, boleh buat stok sebulan dua terus. Inilah hasil pembelian Abang Nara di Okashi World Rakuten Malaysia yang sampai ke rumah selepas 3 hari buat order.
Banyak kan? Mesti korang cakap Abang Nara tamak. Ish, ish, ish. Korang kalau pergi tengok sendiri apa yang dijual di Okashi World memang kelabu mata dibuatnya. Sampai tak boleh nak pilih. Akibatnya, semua benda pun akan korang beli. Meh sini Abang Nara sharekan beberapa produk feveret diri ini.
Sebelum membeli di Okashi World Rakuten Malaysia ini, Abang Nara bagi beberapa tips kepada anda. Iyerlah, tak boleh beli sesuka hati. Status halal haram kena ambl tahu jugak. Â Jangan main bedal je. Antara tips yang boleh dipraktikkan ialah:-
1. Periksa terlebih dulu kandungan ramuan yang digunakan untuk setiap produk. Selalunya kalau ada bahan terlarang ia akan dimaklumkan. Sebelum tekan ‘add to cart’, periksa satu demi satu dulu apa bahan ramuan yang digunakan.
2. Buat research atau Google dulu nama produk tersebut. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, taip je terus boleh tahu status halal haram sesuatu produk tue. Abang Nara selalu guna portal www.halal.gov.my. Boleh juga hantar email kepada JAKIM untuk minta kepastian.
3. Tanya kawan yang pernah belajar di Jepun atau pandai bahasa Jepun. Ini adalah langkah paling mudah dan senang. Suruh dia translate terus kat situ. Selalunya mereka yang pernah belajar di Jepun memang pakar bab halal haram nie.Â
4. Hantar je email kepada Okashi World di smileyfoods138 [at] gmail.com untuk tanya status produk mereka sebelum korang buat pembayaran. Insya Allah mereka akan membalas secepat mungkin.
Dan Abang Nara ada berita baik buat anda yang nak membeli di Okashi World. Rakuten Malaysia bakal memberikan diskaun sebanyak RM20 dengan pembelian minimum RM100. Promosi awesome ini bakal bermula dari 22 Oktober sehingga 29 Oktober Caranya mudah sahaja. Ketika nak checkout, masukkan voucher kod “OKASHINARA20“. Lagi best, voucher kod ini boleh digunakan untuk mana-mana kedai di Rakuten Malaysia. Bukan untuk Okashi World sahaja. Inilah peluang untuk anda berjimat lebih sikit.
Selain itu, pada 22 dan 23 Oktober ini, Rakuten Malaysia akan memberikan 20X Rakuten Super Points untuk pembelian di kedai-kedai tertentu. Apa itu Rakuten Super Points (RSP)? Abang Nara pernah ceritakan pasal RSP ini dulu di sini. Tapi secara mudahnya, RSP ini adalah sistem ganjaran di mana korang akan dapat point (1 RSP = RM1) setiap kali membuat pembelian di Rakuten Malaysia. RSP nie nanti boleh digunakan ketika korang buat pembelian seterusnya di Rakuten Malaysia. Jadi kalau dapat 20X RSP, tak ke banyak penjimatan yang boleh digunakan?
Last but not least, kalau terlepas promosi 20X Rakuten Super Points di atas, jangan risau sebab pada 25 Oktober sehingga 27 Oktober, ada promosi 72 Hours Shopping Marathon pulak. Sepanjang tempoh ini, korang akan dapat 5X RSP daripada jumlah pembelian yang dilakukan. Syaratnya, kena beli sekurang-kurangnya daripada 3 kedai dalam tempoh masa 72 jam ini (dengan minimum setiap kedai RM50). Contohnya kalau beli RM500 ringgit daripada kedai A, B dan C, RSP yang normal ialah sebanyak 5 RSP sahaja. Namun sepanjang tempoh promosi 72 Hours Shopping Marathon ini, RSP yang akan diterima ialah 5 kali ganda iaitu 25 RSP. Tak ke berbaloi-baloi tue?
Cerita banyak tak guna kan? Nak tunggu apa lagi? Silalah ke laman web www.rakuten.com.my sekarang juga dan mula ‘add to cart’ apa yang anda impikan. Lepas tue esok (22 Oktober) terus buat pembelian bersempena promosi 20X Rakuten Super Points. Bijak kan idea Abang Nara? Selamat mencuba dan selamat membeli!!!
P.S: Jangan lupa LIKE Facebook Rakuten Malaysia sebab kat situ pun banyak informasi tentang promosi yang menarik.