Sambil Kejar Ijazah, Wanita Ini Berjaya Kumpul 6 Uniform Kerja Untuk Cari Pengalaman!

Trending

Sambil Kejar Ijazah, Wanita Ini Berjaya Kumpul 6 Uniform Kerja Untuk Cari Pengalaman!

Siapa kat sini pernah kerja lebih dari 3 tempat? Haa mesti banyak pengalaman korang kan. Selalunya, yang suka buat kerja part time ni ramai je, tambah-tambah student, orang kata sambil menyelam minum air..tapi pengurusan masa pun penting juga tau!

Menerusi perkongsian Nurin Adlina di Tiktok, penuntut UiTM Puncak Alam ini berkongsi video yang menunjukkan gambarnya bekerja di 6 tempat yang berbeza untuk mencari pengalaman. Wahh hebat!

Advertisement

“Queen of part timer” tulisnya di kapsyen video tiktok yang tular

Lebih mesra disapa Nurin, pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Insurans ini pernah bekerja di tempat berbeza setiap kali cuti semester untuk mendapatkan pengalaman berbeza. Salute.

Sumber : Instagram Nurin Adlina

Pada awalnya, dia juga tidak menyangka video itu akan tular kerana sekadar mahu menggayakan baju yang bertukar-tukar seperti yang dilakukan ramai pengguna Tiktok kini.

Video itu telah mencuri perhatian ramai apabila dia menujukkan baju tempat dimana dia pernah bekerja seperti Jakel, Texas Chicken, Nandos di One Utama, Kyochon, Setia City Mall dan Ikeadi Damansara.

“Baru empat tahun saya mula bekerja sambilan ni, kerja sambilan bukan bermaksud Sabtu dan Ahad sahaja. Selalunya saya kerja dua tiga bulan terus ketika cuti semester.

Ujar pelajar berumur 22 tahun ini, dia tidak putus kerja sambilan kerana mahu kaya dengan pengalaman. Ini kerana Nurin lebih mementingkan pengalaman saat ini.

Sumber : Instagram Nurin Adlina

“Pengalaman ini bukan sahaja mematangkan saya tetapi banyak mengubah saya dari segi cara berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan banyak lagi.

Wah, mesti banyak yang dia belajar kan. Yelah, pengalaman ni sangat bernilai, tak boleh dibeli tapi kena rasa sendiri. Apapun, semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi buat semua!

SUMBER

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...