“Sambal Udang 4 Ketul RM9.90, Jeng Kepala” – Pelanggan Restoran Bumbu Babah Adu Makanan Mahal, Ajak Shiro Terbuka Terima Teguran

Trending

“Sambal Udang 4 Ketul RM9.90, Jeng Kepala” – Pelanggan Restoran Bumbu Babah Adu Makanan Mahal, Ajak Shiro Terbuka Terima Teguran

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, tampil memberikan penjelasan berhubung rungutan segelintir pelanggan yang mendakwa harga lauk sambal udang di kedai makannya, Bumbu Babah, terlalu mahal.

Menurut Ajak, dia sentiasa terbuka menerima teguran dan kritikan daripada pelanggan kerana percaya setiap komen dapat membantunya memperbaiki kualiti makanan serta servis di kedainya.

Advertisement

Bumbu babah

Kalau nak kata mahal, nasi padang saya ini bermula dengan RM5 saja.
Kalau soal lauk pula, saya tengok paling mahal pun dalam RM7. Tapi ada yang RM4, RM5… cuma kalau udang ada mahal sikit sebab sambal udang tu ada petai  petai pun mahal juga.

Katanya lagi, pelanggan yang mendaftar sebagai ahli turut menikmati harga lebih berpatutan.

Ajak menjelaskan perkara itu ketika ditemui di sidang media pengumuman barisan penyampai radio Suria FM di Menara Star, Petaling Jaya, pada Rabu.

Tambahnya, sejak memulakan perniagaan Bumbu Babah setahun lalu, dia belajar banyak perkara tentang dunia perniagaan dan semakin menghargai interaksi bersama pelanggan.

Boleh saja nak complain, malah ada pelanggan yang complain depan saya.
Cakap yang daging dendeng saya macam makan dinding. Sebab dia ada gigi palsu susah nak gigit, jadi saya cadangkan dia ambil daging basah yang lebih lembut.

Bagi saya, complain ini perkara biasa. Saya takkan marah, malah saya suka bila orang bagi teguran sebab itu tanda mereka ambil berat. Setiap kali ada yang komen, saya akan perbaiki.

Sebelum ini, tular di media sosial perkongsian seorang pelanggan yang merungut tentang harga set tambahan sambal udang petai empat ekor berharga RM9.90, yang dianggap terlalu mahal dan tidak sepadan dengan saiz udang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Odah
2025-11-12 15:05:53

"Kami Lepak Di Ruang Tamu, Bukan Dalam Bilik" - Oddah Perjelas Salah Faham, Nafi Hadie Tumpang Tidur Di Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...