Setelah sekian lama tidak melihat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berbual mesra serta gelak ketawa, semalam, merupakan kali pertama mereka terlihat mesra di hadapan kamera.
Walaupun sudah berbaik, ramai juga menghujani ruangan komen Puteri Sarah di Instagram bertanyakan soal samannya terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar diteruskan ataupun tidak.
View this post on Instagram
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, saman terhadap Ira serta keluarganya akan tetap diteruskan dan diperjuangkan.
Malah, Sarah juga kelihatan tegas dan yakin sewaktu menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di platform tersebut.
Keputusan Sarah tetap mahu menyaman Ira Kazar serta keluarga sememangnya disokong warganet dan kebanyakannya berharap agar wanita tersebut mendapat balasan atas segala perkara yang sudah dilakukan olehnya kepada pelakon tersebut.
Sekadar info, Puteri Sarah sebelum ini ada memfailkan saman terhadap Ira Kazar kerana telah menganggu ketenteramannya sepanjang mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof.