Saman Fitnah Terhadap Mondy Tetap Diteruskan, Kes R*gol Ebit Lew Klasifikasi ‘NFA’

Berita

Saman Fitnah Terhadap Mondy Tetap Diteruskan, Kes R*gol Ebit Lew Klasifikasi ‘NFA’

Memetik laporan Berita Harian, pihak pendakwaan kes rogol melibatkan pensohor media sosial Indonesia, Mondy dan Ebit Lew tidak lagi diteruskan.

Kes rogol digugurkan

Perkara itu dimaklumkan peguam mewakili Ebit Lew, Datuk Akberdin Abdul Kader di mana pihak polis telah menjalankan siasatan dan pihak peguam bela memutuskan untuk tidak meneruskan kes.

Advertisement

Laporan polis berkaitan kes rogol dibuat Mondy pada 14 September 2023 dan polis selesai menyiasatnya baru-baru ini.

Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes. Saya dimaklumkan oleh polis, barang kes seperti telefon bimbit dan kad sim pendakwah itu dipulangkan semalam.

Saman fitnah terhadap Mondy tetap diteruskan

Menurutnya lagi, saman fitnah terhadap wanita itu tetap diteruskan.

Dakwaan (merogol) amat serius tetapi tiada kes. Kes (saman) fitnah terhadap Mondy ditetapkan untuk penilaian ganti rugi pada 1 Julai ini dan Mahkamah Sesyen Shah Alam akan memutuskan kuantumnya.

Terdahulu, pada Oktober tahun 2023, Mondy tampil membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh Ebit Lew.

Pendakwah itu kemudian memfailkan saman fitnah terhadap wanita itu pada tahun yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peguam ibu bapa zayn rayyan
6 months ago

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Kes Pemb*nuhan Zayn Rayyan Mulai Hari Ini" - Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...