“Saman Bukan Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib” – PBT Kelantan

Trending

“Saman Bukan Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran Waktu Maghrib” – PBT Kelantan

warga ngankang naik sepeda motor

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengenakan tindakan saman terhadap pasangan remaja dan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai di kawasan-kawasan tertentu di negeri ini.
Perkara tersebut akan dikuatkuasakan serta merta sebaik sahaja kajian mengenainya oleh semua PBT di negeri ini selesai mengikut Undang-undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986.

Advertisement

Menurut Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob, tindakan saman itu akan turut membabitkan remaja yang berkeliaran ketika waktu Maghrib di kawasan tertentu.

Kata beliau juga, ibu bapa diminta supaya memantau dan menasihati anak remaja mereka supaya tidak membonceng motosikal secara bebas dengan bukan mahram kerana ia salah dalam Islam.

Tindakan itu (saman) sebahagian daripada langkah untuk membendung masalah sosial. Namun, sebelum tindakan saman dikuat kuasakan, semua pegawai penguat kuasa PBT diminta mula memberi nasihat kepada pasangan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai.

Mereka perlu diberi nasihat secara berhemah untuk mengelakkan gejala sosial,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Hasrat kerajaan negeri supaya dengan undang-undang itu dapat mengawal anak-anak muda yang bebas berkeliaran khasnya di kawasan taman atau di tepi pantai.

Membonceng motosikal bukan dengan mahram sering berlaku, ini yang kita nak kawal. Trend sekarang mereka suka membonceng, bebas ke sana ke mari dan ini amat tidak baik khususnya di sisi Islam,” katanya lapor FMT pula.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...