Saman Akan Dikeluarkan Kepada Perokok Degil Mulai Oktober

Trending

Saman Akan Dikeluarkan Kepada Perokok Degil Mulai Oktober

Kepada semua perokok di luar sana, ingat tau mulai Oktober anda bakal dikenakan saman jika merokok di premis makanan.

Advertisement

Kementerian Kesihatan mengingatkan perokok bahawa tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di kedai makan dan restoran akan berakhir Julai ini.

Menurut Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata selepas tempoh itu pihak kementerian akan mempertingkatkan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman kepada perokok yang masih berdegil.

“Setakat ini kita belum mengeluarkan sebarang saman kepada mereka yang melanggar peraturan berkenaan tetapi mulai Julai, kita akan ambil tindakan tegas, dalam tempoh itu juga penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

“Kita minta orang ramai bekerjasama kerana perkara ini berkaitan dengan isu kesihatan, selain itu kita berharap perokok mengubah sikap mereka. Merokoklah di luar kawasan larangan merokok atau lebih tepat, kurangkan merokok.

“Sekiranya mereka nekad untuk berhenti merokok, sebanyak 731 Klinik Kesihatan ada menyediakan khidmat untuk berhenti merokok dan 46 hospital turut menyediakan khidmat sama secara percuma.

Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Plus antara kementeriannya dengan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB), di sini hari ini.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, di mana perokok yang melanggar peraturan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan pada Januari lalu, namun Kementerian Kesihatan memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.

Sumber: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...