Denda setiap kesalahan yang melanggar had kelajuan yang ditetapkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan pada kadar RM150 bagi setiap kesalah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kadar itu diletak berdasarkan keputusan Kabinet mengurangkan kadar saman itu sebanyak separuh berbanding RM300 yang dikuatkuasakan sebelum ini.
Beliau menafikan ura-ura yang mengatakan kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.5 juta sama AES yang dikeluarkan sejak sistem itu beroperasi pada tahun 2012.
“Kami tidak akan menghapuskan saman tersebut. Mereka (pesalah trafik) perlu membayarnya.
“Kini denda ditetapkan kepada RM150 dan mulai sekarang kadar yang sama akan dikenakan kepada pesalah,” kata sebagaimana lapor mStar Online.
Sistem AES diintegrasi dengan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan kamera dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).
Pesalah trafik yang gagal membayar saman tersebut akan disenaraihitam dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu.
Sumber: mStar Online