Sebut sahaja nama Fynn Jamal, pasti anda semua kenal bukan? Nampaknya Fynn kini sudah berubah penampilannya dengan memakai niqab dan sering aktif berdakwah. Beberapa hari lepas, Fynn ada memuat naik video dimana beliau menerangkan cara solat wanita dan solat lelaki itu sama.
Kami pun tidak tahu daripada mana Fynn mendapatkan sumber tentang cara solat itu dan video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata netizen mengecam tindakan Fynn yang seakan memandai-mandai mengeluarkan fatwanya sendiri.
Berikut video hangat tersebut :-
Ikuti pandangan ahli ulama tersebut di bawah :-
Hukum hakam tentang agama ini tidak boleh dibawa main-main dan sebelum berkongsi sesuatu mengenai agama, seseorang itu harus memastikan ia daripada sumber yang betul kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dikalangan masyarakat.