Samakan Serangan Capitol AS Dengan Kandungan Filem, Ciapan Janna Nick Dikritik Netizen

Hiburan

Samakan Serangan Capitol AS Dengan Kandungan Filem, Ciapan Janna Nick Dikritik Netizen

Gara-gara serangan penyokong Donald Trump yang kalah dalam undian calon Presiden Amerika Syarikat di bangunan Capitol semalam, pelakon Janna Nick dilihat telah mengutarakan pendapat mengenai serangan itu dengan garis panduan penerbitan filem di Malaysia.

Janna Nick

Advertisement

Janna menerusi ciapan di ruangan Twitternya berkata, filem pemberontakan seperti The Purge sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan serangan di bangunan Capitol tersebut. Tambahnya, ini menunjukkan bahawa garis panduan penerbitan sesebuah naskah atau filem perlu diikuti agar perkara negatif seperti itu tidak menjadi ikutan masyarakat.

Namun begitu, tindakan Janna menyamakan babak filem The Purge dengan serangan berkenaan sebagai perbuatan yang kurang bijak bak kata sesetengah netizen.

Tambah pelakon filem Pasal Kau itu lagi, memang wujud beberapa peraturan yang ketat yang perlu diikuti sebelum sesebuah drama atau filem diterbitkan namun ianya demi kebaikan penonton yang melihatnya.

 

Janna Nick The PurgeSumber : Twitter Janna Nick  

“Tanda pagar #ThePurge yang tular dalam twitter kini menunjukkan impak sesebuah filem kepada masyarakat umum. Kadangkala sesetengah garis panduan memang ketat tetapi semuanya bergantung bagaimana industri seni boleh menjadikan perkara tersebut kreatif meskipun agak terikat. Semoga Malaysia kekal aman”

Yang lebih menarik perhatian, tindakan Janna melabel seorang individu yang cuba membetulkan fakta dan info yang diciap pelakon drama Misteri Mona sebagai ‘loser’ telah menerima respon yang pelbagai daripada warga maya.

 

Janna Nick The PurgeSumber : Twitter Janna Nick  

 

Rata-rata netizen menyelar tindakan Janna yang menyamakan kejadian keganasan di negara Barat kini dengan garis panduan filem di Malaysia. Menurut sesetengah pengguna media sosial, Janna perlu memahami maksud garis panduan dan penapisan filem serta belajar dengan lebih lagi sebelum mengaitkan dua situasi yang sangat jauh bezanya.

Janna Nick The PurgeSumber : Twitter Janna Nick  

 

Terdahulu, filem The Purge merupakan filem Hollywood yang mengisahkan rakyat di Amerika pada tahun 2022 yang bebas melakukan apa sahaja jenayah seperti membunuh dan merompak dalam satu hari yang diberi nama sebagai Purge Day.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter Janna Nick

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...