Samakan Dengan Ebit Lew, Fendy Bakry Kagum Dengan Perkara Baik Ditonjolkan Haqiem Rusli Di Media Sosial

Hiburan

Samakan Dengan Ebit Lew, Fendy Bakry Kagum Dengan Perkara Baik Ditonjolkan Haqiem Rusli Di Media Sosial

Jika sebelum ini penyanyi Haqiem Rusli telah dikritik sesetengah netizen yang menganggap perbuatannya menunaikan solat ketika di pentas AME2020 baru-baru ini sebagai perbuatan yang menunjuk-nunjuk, namun masih ada yang melihat perkara itu sebagai suatu perkara yang positif.

Begitu juga dengan pelakon Fendy Bakry yang telah meninggalkan komen di sebuah entri media yang melakukan temu bual bersama Haqiem Rusli mengenai isu tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry)

Fendy dilihat telah memberikan pendapat bahawa kebaikan yang dilakukan penyanyi berbakat itu sepatutnya dijadikan contoh buat orang ramai di luar sana. Dia dalam pada itu turut menyamakan Haqiem dengan pendakwah bebas, Ebit Lew yang sering berkongsika kerja amal dilakukannya dalam media sosial.

“Dia belia remaja..punya pengikut yang ramai. Sekurang-kurangnya kebaikan dia jadi contoh pada semua. Dalam kesibukan, ingat pada kewajipan.. Dua individu ini menunjukkan kebaikan yang semua orang boleh buat tapi buat ke kita? itu kena tanya diri sendiri.. Apa yang tak ditunjukkan Haqiem dan Ebit Lew yang patut kita pun ikut iaitu kurangkan bercakap perkara yang tak benar dan menjaga penulisan sesama manusia.”

Fendy dilihat turut menasihati netizen untuk mengikuti segala apa amal kebaikan yang baik untuk diikuti tanpa perlu menilai dari segi niat yang hanya mereka berdua yang tahu.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...