Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan kebimbangan terhadap sikap suaminya yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak senonoh terhadap bayi mereka yang baru dilahirkan.
Menerusi satu hantaran di laman X, wanita berkenaan yang juga seorang ibu mendakwa suaminya mula menunjukkan kelakuan pelik ketika diminta membantu memandikan anak mereka.

Menurutnya, suaminya didakwa membandingkan bahagian sulit bayi tersebut dengan isterinya sendiri.
“Aku selalu suruh laki aku mandikan newborn aku, then dia cakap, adik punya ni tembam macam sayang punya.”
Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila wanita itu mendakwa suaminya sekali lagi mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ketika mencium bayi mereka sebelum pergi bekerja.
Suaminya dikatakan menyebut bahawa bayi itu ‘pandai bermain lidah’ seperti ibunya.

“Baru ni waktu dia cium anak aku masa nak pergi kerja, dia cakap adik pandai main lidah macam mama dia. Aku macam risau dengan laki aku ni.”
Wanita berkenaan mengakui dirinya keliru sama ada dia sekadar terlalu berprasangka buruk atau tingkah laku suaminya itu merupakan satu petanda yang perlu diberi perhatian serius demi keselamatan anak mereka.
Luahan tersebut mencetuskan reaksi ramai netizen yang rata-ratanya menyatakan rasa jijik serta bimbang terhadap keselamatan bayi berkenaan. Sebahagian besar berpendapat perbuatan ‘menyeksualkan’ bayi adalah satu bentuk gangguan yang serius dan sama sekali tidak wajar dianggap sebagai gurauan atau perkara remeh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
