“Sama Sekali Tiada Motif Cemburu Atau Dengki” – Peguam Bekas Isteri Cabar Tiko Audit Semula Akaun Syarikat

Hiburan

“Sama Sekali Tiada Motif Cemburu Atau Dengki” – Peguam Bekas Isteri Cabar Tiko Audit Semula Akaun Syarikat

Peguam mewakii Arina Winarto tampil menafikan bahawa terdapat unsur cemburu dan dengki setelah anak guamnya itu membangkitkan isu pecah amanah RM1.7 juta terhadap bekas suaminya, Tiko Aryawardhana.

Peguam bekas isteri nafi ada unsur dengki dan cemburu

Tiko yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sebelum ini mendakwa Arina hanya cemburu dan dengki melihat kehidupannya kini.

Advertisement

Peguam Arina, Leo Siregar malah meminta Tiko untuk melakukan audit syarikat bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Saya pernah tegaskan yang tiada langsung kaitan dengan motif cemburu atau dengki.

6.9 billion rupiah bukannya jumlah yang kecil. Jadi sila buat audit semula. Kita sama-sama lihat keputusannya nanti.

Minta Tiko berhenti buat kenyataan mengelirukan

Leo juga meminta Tiko untuk berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan memberi kerjasama terhadap proses undang-undang agar isu itu segera diselesaikan.

bekas isteri Tiko

Sumber: Google

Terdahulu, Arina mendakwa Tiko telah memanipulasi wang syarikat yang diusahakan mereka bersama di luar pengetahuannya.

Arina yang juga pemilik syarikat tersebut mula terasa curiga setelah terdapat ketirisan dalam transaksi kewangan syarikat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bcl
7 months ago

Suami Bunga Citra Lestari Disyaki Seleweng Wang Milik Syarikat Bersama Bekas Isteri Berjumlah RM1.7 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...