Kembali lagi kita dalam rancangan ‘Hari Ini Youtuber Mana Buat Hal Lagi’. Kali ini, memang admin sendiri pun rasa marah dan hentam seorang ‘youtuber’ lelaki bersama geng dia yang buat ‘content’ mempersendakan niqab.
Baru-baru ini, lelaki tersebut telah memuat naik video di Youtube tentang ‘content’ seakan-akan pertunjukan fesyen yang mempunyai juri terdiri daripada empat lelaki.
Pertunjukan fesyen itu menampilkan empat wanita yang lengkap memakai jubah pelbagai warna bersama dengan niqab. Bagaimanapun, video tersebut telah meraih perhatian dan mendapat kecaman ramai netizen.
Menerusi Twitter, seorang individu meluahkan rasa marahnya terhadap mereka ini kerana mempersendakan imej niqab serta tidak melambangkan yang sepatutnya.
Tujuan berniqab adalah untuk menjaga diri daripada dilihat. Ini siap buat fashion show? Dahlah ikhtilat memang out. Lepas tu berimej niqab sambil tak menjaga ikhtilat? Berhenti buat konten bodoh.”
Ini konten merapu apa? Tujuan berniqab adalah untuk menjaga diri dari dilihat. Ini siap buat fashion show??? Dahlah ikhtilat memang out. Lepastu berimej niqab sambil tak menjaga ikhtilat?
SO SICK
Stop buat stupid content! pic.twitter.com/Ahqj20c7iv
— ?? ???? (@nabilahalwie) November 1, 2022
Berdasarkan video itu, empat wanita tersebut membuat ‘catwalk’ ala ala pertunjukan fesyen dan berhenti di depan kesemua ‘juri’ yang kemudian memberikan komen tentang pakaian dan kecantikan mereka.
Ramai netizen mengkritik kumpulan itu kerana mempersendakan bab agama malah ada yang point out bahawa ‘youtuber’ ini sudah banyak kali buat konten merapu.
Bukan itu saja, difahamkan ‘peminat’ dan pengikut kumpulan ‘youtuber’ ini dikatakan mempertahankan mereka selepas dikecam gara-gara konten berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.