Selain daripada pihak polis, tentera dan petugas kesihatan yang merawat pesakit COVID-19, penghantar makanan juga berada di barisan hadapan ketika Perintah Pergerakan Kawalan dikuatkuasakan setelah orang ramai perlu berada di rumah. Dalam keadaan krisis ini, perkhidmatan mereka amat diperlukan bagi mendapatkan makanan.
Kita mungkin terlepas pandang, bahawa ada ramai di luar sana yang sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak demi mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka. Kerja mereka amat berisiko kerana terdedah kepada kontak dengan ramai orang saban hari.
Berkongsi rezeki, edar makanan kepada polis & askar
Rider Foodpanda share rezeki dekat PDRM and ATM…semoga murah rezeki abg2 rider panda kita ??#riderampang
.
.
Rt gaiss pic.twitter.com/pxaqqk44MJ— ???? ????? (@arefam02) March 24, 2020
Meskipun mereka sendiri berpenat lelah setiap hari, beberapa orang ‘rider’ Foodpanda telah membuat kebaikan dengan berkongsi rezeki, mengedarkan makanan kepada pihak polis dan askar yang bertugas menjaga lalu lintas untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP.
Semoga dimurahkan rezeki, anda juga hero kami
Tindakan murni mereka ini menarik perhatian netizen yang menyifatkan mereka adalah wira negara. Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan dan mendoakan agar penghantar makanan berkenaan dimurahkan rezeki.