Anugerah Melodi Terhangat 2025 nampaknya bukan sahaja panas dengan glamor selebriti, tetapi juga dengan drama di sebalik tabir. Tular di media sosial apabila influencer dan personaliti media, Sarah Yasmin, memuat naik beberapa hantaran pedas dipercayai ditujukan kepada pelakon Sophia Albarakbah, yang ketika itu menerima anugerah daripada Bella Astillah.
Dalam entrinya, Sarah menulis:
Oh patutlah jeling-jeling saya time event, sekufu rupanyooo hehehe. Cuba ada class sikit, buat-buat tak nampak lagi elok lah daripada nak menunjuk muka untuk jeling aja kalau time event.
Sarah turut menyindir kemenangan “Selebriti Feminin Terhangat”:
Bestie menang feminine award tapi tak feminine sangat pun sebab.
Lebih panas, Sarah menegaskan dia pernah cuba memohon maaf pada tahun lalu, namun individu berkenaan kekal dengan sikap “sombong” dan mempergunakan trauma orang lain demi publisiti.
Maaf tapi, saya di pihak Bella kerana awak tak gunakan trauma seseorang untuk publisiti. Ini mental dan kurang ajar.
Apa yang lebih mengejutkan, Sarah mendakwa ramai yang hanya berani mengata di belakang dan berpura-pura ramah ketika bersemuka.
Depan mata kot, takde satu pun berani maki/hauk… semua ‘love, love, cantik rupanya u ni’ & paling max, jeling dekat tempat yang gelap.
Untuk konteks, netizen tidak lupa bahawa Sarah sendiri pernah dikaitkan dengan bekas suami Bella, Aliff Aziz dalam kontroversi lama menjadikan sindiran ini lebih panas kerana datang dari individu yang pernah berada dalam kedudukan yang sama.
Netizen kini berbelah bahagi sama ada yang menyokong keberanian Sarah, dan ada juga yang anggap ia sekadar ‘drama lama recycle’. Apa pun, AMT tahun ini jelas bukan sekadar malam anugerah.