Kita harus puji sikap selebriti kini kerana cukup aktif dalam bidang perniagaan dan tidak bergantung pada lakonan ataupun nyanyian sahaja.
Terbaru, aktor macho Remy Ishak telah melancarkan produk minyak wanginya tersendiri yang dikenali sebagai RUMI.
Baru sahaja ingin berniaga, ada pula pihak yang mendakwa bau minyak wangi RUMI seakan sama dengan Precious By RCW.
Walaubagaimanapun, Remy akui tidak tahu akan perkara tersebut kerana tidak pernah cuba produk keluaran wanita dan mungkin ia secara kebetulan sahaja mempunyai bau yang hampir sama.
Sama? Entahlah, saya tidak pernah pula mencuba wangian tersebut. Apa yang boleh saya katakan wangian agak subjektif untuk ditafsirkan dan persamaan itu mungkin secara kebetulan.
Remy sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk mengeluarkan produk minyak wangi sendiri dan akui merasa agak ralat apabila Che Ta melancarkan produk yang sama lebih awal daripada beliau.
Namun, itu bukanlah menjadi masalah bagi saya. Sekadar ralat kerana artis lain yang buat dulu apa yang kita rancangkan, itu saja.
Idea untuk keluarkan produk wangian ini sudah timbul sejak tiga tahun lalu namun atas dasar sibuk mencipta nama di dalam arena lakonan, saya pendamkan dahulu hasrat itu. Tambahan pula ketika itu saya tiada team untuk melaksanakannya.
Untuk pengetahuan anda, pati wangian RUMI didatangkan khas daripada Paris dengan bau bunga-bungaan khas untuk wanita dan kayua-kayuan untuk lelaki. Nama RUMI pula dipilih bersempena dengan watak beliau dalam drama Rumi dan Jawi arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.