“Sama Ada Memang Bermaksud Atau Tak, Saya Dah Maafkan Mereka” – Ebby Yus

Hiburan

“Sama Ada Memang Bermaksud Atau Tak, Saya Dah Maafkan Mereka” – Ebby Yus

Pelawak, Ebby Yus tidak berkecil hati apabila segelintir netizen menyifatkan musibah yang menimpa dirinya dalam bencana banjir sebagai pembalasan Tuhan.

Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, bersikap terbuka menelan apa sahaja kecaman dilemparkan.

Advertisement

Malah, menurut Ebby, 56, dia telah memaafkan mereka yang melemparkan tuduhan sebegitu.

Jika itu yang mereka andaikan, saya terima sahaja kata-kata mereka tanpa simpan dalam hati.

Terdahulu, pelakon sitkom J.K.K ini ditimpa musibah apabila rumah yang dibina dari hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras.

Sama ada mereka memang bermaksud begitu atau tidak, saya sudah memaafkan diri mereka.

Rumah Ebby

Difahamkan, Ebby kerugian hampir RM200,000 apabila rumah yang hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar itu dihanyutkan air deras.

Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banjir

Dalam pada itu, Ebby mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas keprihatinan mereka membantu.

Baca: Rumah Hanyut Akibat Banjir, Ebby Yus Reda Dengan Ketentuan Ilahi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...