Sam Sudah Ada Kumpulan Baru(The Azenders), Nafi Bunkface Berpecah

Hiburan

Sam Sudah Ada Kumpulan Baru(The Azenders), Nafi Bunkface Berpecah

the azenders

Terkejut beruk dengar gosip yang menyatakan kumpulan Bunkface bakal berpecah. Khabarnya Sam, vokalis Bunkface dah ada kumpulan baru yang diberi nama The Azenders. Manakala ahli kumpulan Bunkface iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Sedih sangat kalau Bunkface, salah satu artis Indie yang hebat berpecah.

Advertisement

Apabila ditanya tentang gosip perpecahan kumpulan Bunkface ini, Sam menjawap:-

[note]Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana ia sebuah kumpulan yang baru.Penubuhan The Azenders ini sekadar projek sampingan saya di mana konsep muzik yang dibawakan lebih segar dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara kita. [/note]

Harap-harap Sam dan Bunkface dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Rugi benar kalau kumpulan sehebat Bunkface ini berpecah. Nama pun dah kukuh dalam industri muzik tempatan. Bukan senang nak femeskan kumpulan baru. Bak kata Wonderpet, apa yang penting, kerjasama. Jangan gaduh-gaduh ye. Sumber dari Mstar.

P.S: Jangan lupa dapatkan telefon dan gadjet dengan harga paling berbaloi daripada Celcom Great Sales. Offer sah sehingga 31 Mac ini. Cepat sebelum anda menyesal tak sudah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...