June 19th, 2019

Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga penyanyi Sam Bunkface bersama isterinya, Aida Azira Hussin akhirnya terjawab selepas mereka sah bercerai pada Januari lalu.

Mahligai rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu musnah disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka. Aida berkata keputusan tersebut dibuat atas keputusan bersama dan direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.

Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu.

Menurut Aida, pengumuman ini dibuat bagi mengelak berlakunya kekeliruan jika ramai yang beranggapan mereka masih suami isteri.

Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama.

Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Sumber Berita : Harian Metro


17 responses to “Sam Bunkface Sah Bercerai”

  1. Bawang says:

    Sapa pulak next? Skrg ni mengandung je cerai, dpt anak sorg cerai. Seks dah basi ke mcmana? Ke perangai memasing mcm ungka?

  2. bawang goreng says:

    dah takde kerja lain agaknya artis-artis ni,asyik kawin cerai je…semudah itu berkahwin semudah itu jugak la bercerai

  3. faraj says:

    PAS suka lah crrai berai ni…keje hancur kan perpaduan memang keje PAS…pemalas pun org2 PAS….mkn dedak pun PAS….

  4. hewhew says:

    oh, patutla ex wife slowly bukak tudung

  5. hewhew says:

    oh, patutla ex wife slowly bukak tudung

Loading...