Sam Bunkface Debar Menanti Detik Bergelar Suami 25 April Ini

Hiburan

Sam Bunkface Debar Menanti Detik Bergelar Suami 25 April Ini

Bakal bernikah tidak lama sahaja lagi, Sam Bunkface dalam satu kenyataan terbaru memberitahu beliau merasa tidak tentu dan sedikit gementar apabila menantikan saat beliau  bakal bergelar suami nanti.

Advertisement

Saya tidak pernah berkawin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-campur.

Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru.

Jelas Sam, segala persiapan yang dijalankan setakat ini berjalan dengan lancar dan akan diadakan secara sederhana dimana beliau cuma menjemput rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga sahaja.

Sam bakal bernikah dengan Aida Azira yang merupakan seorang penerbit di TV3. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Dewan Sapura Building, The Mines manakala majlis resepsi bagi pihak perempuan pula akan diadakan pada tanggal 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.

Setiap bakal pengantin akan merasa gementar apabila saat mereka bakal bernikah akan tiba tidak lama lagi. Sedikit pesanan dari kami, walaupun perasaan berdebar itu ada pasti semuanya akan berjalan lancar kerana niat didalam hati. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...