Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Salwa Razak Hidup Mewah Kerana Usaha Keras, Bukan Ditaja

Wow. Terkejut Abang Nara membaca artikel mengenai Salwa Razak baru-baru ini. Mana tidaknya, penyanyi ini dilaporkan tinggal di salah sebuah apartmen berdekat KLCC. Setahu Abang Nara kalau sewa kat kawasan tersebut memang hampir mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Selain itu Salwa Razak juga seringkali dilihat tampil dengan koleksi barangan berjenama. Semua itu membuatkan orang tertanya-tanya. Iyerlah, nak kata popular, Salwa Razak ini suam-suam kuku je. Maka terkeluarlah dakwaan yang Salwa Razak ini ditaja oleh seseorang

salwa razak

Advertisement

Namun rupa-rupanya selain menyanyi Salwa Razak juga aktif menjalankan perniagaan sendiri. Penyanyi ini mempunyai nurseri pokok, ada produk kecantikan dan juga pakaian di bawah jenamanya. Abang Nara tak tahulah lebih terperinci mengenai hal ini. Namun ternyata dakwaan ditaja itu adalah palsu semata-mata. Kata Salwa Razak:-

Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus menfitnah saya. Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya.

Tidak adil hanya kerana saya nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini. Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga

salwa razak

Susah juga jadi artis perempuan yang ada muka ini kan? Nampak mewah sikit je, terus dicop mendapat tajaan. Penat lelah diri sendiri berniaga tak pula diambil tahu. Pedulikanlah kata-kata manusia di luar sana. Semoga perniagaan Salwa Razak akan terus maju. Kalau memang dah masyuk betul, satu hari nanti boleh tinggalkan terus dunia hiburan ini. Tak gitu? Sumber Mstar Online.P.S: Hanya 2 hari jer lagi untuk Lazada 2014 GRAND Sale. Bermula dari 12 tengah malam 12 Disember anda dah boleh membeli-belah atas talian. Pelbagai barangan pada semua KATEGORI dijual pada harga yang memang luarbiasa MURAH. Penghantaran adalah percuma untuk pembelian bernilai RM75 ke atas. Ditambah pula potongan sebanyak RM25 untuk setiap pembelian RM100 dengan Beautifulnara-Lazada “special voucher code”. Tunggukan kemunculannya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top