Saluran Youtube Blackpink Cipta Rekod Cecah 20 Juta Keahlian

Trending

Saluran Youtube Blackpink Cipta Rekod Cecah 20 Juta Keahlian

Kumpulan Blackpink sekali lagi telah memcatat sejarah dalam dominasi Kpopnya apabila saluran rasmi YouTube mereka telah mencecah lebih 20 juta keahlian pada minggu lepas. Mereka adalah di antara 20 artis di dunia yang telah berjaya mencipta rekod tersebut. Setelah memecahkan rekod video yang paling banyak ditonton dengan video muzik ‘DDU-DU DDU-DU‘  iaitu lebih dari 700 juta tontonan, rekod ini menunjukkan bagaimana dominasi mereka dalam dunia Kpop.

Advertisement

Bagi peminat-peminat mereka pula pasti tidak sabar menantikan tarikh 5 April ini dimana mereka telah mengumumkan akan melancarkan album baru yang bertajuk Kill This Love.  Diharap lagu-lagu dalam album baru mereka juga dapat menandingi kehebatan lagu-lagu mereka sebelum ini.


Sebagai fakta, kumpulan-kumpulan Kpop yang popular lain seperti BTS dan dan NCT 127 tidak mempunyai saluran youtube mereka sendiri dimana mereka menggunakan saluran syarikat penerbitan mereka untuk memuatnaik video.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...