Seorang lelaki di London mendakwa dirinya telah mengalami masalah serius selepas sembuh daripada jangkitan COVID-19 apabila alat kemaluannya semakin mengecil, lapor Daily Star.
Lelaki tersebut yang enggan namanya diketahui berkata, dia berasa terkejut apabila mendapati saiz zakarnya berubah setelah dibenarkan keluar dari hospital.
Maklumnya lagi, dia dijangkiti COVID-18 sekitar bulan Julai tahun lepas dan keadaannya agak serius.
Sebaik sahaja sembuh, dia mengalami masalah mati pucuk namun pulih setelah mengambil ubat-ubatan yang disediakan doktor. Namun, tidak lama kemudian, lelaki itu berdepan dengan satu lagi masalah yang boleh dianggap kekal.
“Zakar saya mengecil berbanding sebelum dijangkiti COVID-19. Kini, saiznya hilang sebanyak 3.8 sentimeter.” ujarnya.
Dia yang dihubungi menerusi satu siaran langsung podcast turut ditemani seorang pakar yang tampil memberikan pendapat mengenai masalah itu.
Charles Welliver yang merupakan Pengarah Kesihatan lelaki dan Koleh Urologi Albany berkat, keadaan itu boleh dialami bekas pesakit COVID-19 akibat kerosakan pada vaskular.
“Masalah itu sering membuatkan saiz zakar mengecil. Walau bagaimanapun, terdapat banyak rawatan untuk mengubati keadaan tersebut.” ujar Charles.
Terdahulu, satu kajian yang dijalankan oleh Koleh Universiti London mendapati bahawa saiz zakar lelaki boleh menjadi kecil akibat kerosakan pada saluran darah.
Kajian itu dilaporkan telah dilakukan terhadap 200 orang individu yang dijangkiti virus COVID-19 dan mengalami simptom zakar mengecil.