Salun Kembali Beroperasi, Fikry Ibrahim Kenakan Caj Tambahan RM5

Hiburan

Salun Kembali Beroperasi, Fikry Ibrahim Kenakan Caj Tambahan RM5

Pemilik salun Dashing Diva Putrajaya, Fikry Ibrahim bakal mengenakan caj tambahan RM5 untuk perkhidmatan yang diberikan berkuat kuasa Rabu ini.

salun fikry ibrahim

Advertisement

Perkara itu tercetus susulan perbincangan yang dibuat oleh Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) berikutan pengusaha difahamkan perlu menyediakan peralatan tambahan bagi menepati perintah yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP)yang dikeluarkan, beliau juga akan memastikan keselamatan pekerja sentiasa terpelihara. Tambahnya lagi, memandangkan mereka akan bertemu pelanggan yang berbza setiap masa, maka setiap pekerjanya perlu menggantikan topeng muka secara kerap.

“Mungkin ia akan jadi beban buat sesetengah orang tapi kita harus ingat penggunaan segala alat itu amat penting dan menelan kos.”

salun fikry ibrahim

Ujar Fikry, selepas tiga bulan terjejas daripada segi pendapatan, dirinya kini bagai mampu menghembus nafas lega apabila kerajaan akhirnya membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semula.

“Tipulah kalau saya katakan perniagaan selama tiga bulan ini tidak terjejas.”

https://www.instagram.com/p/B4KeIhKFKhA/

Sebelum ini, peningkatan kos perkhidmatan kedai gunting dengan kenaikan paling rendah antara RM3 hingga RM5 seorang dicadangkan MBBA. Hal ini kerana, pihak pengusaha perlu meyediakan peralatan tambahan bagi memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

Sekadar peringatan, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

salun fikry ibrahim

Dalam kenyataan itu, banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat bagi menjalani aktiiti kehidupan seharian di samping mematuhi segala SOP sacara berterusan termasuklah perjalanan rentas negeri dan pembukaan semula kedai gunting rambut mahupun salun kecantikan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...