Salon Di Thailand Tular Dan Sentiasa Penuh Pelanggan, Ini Sebabnya

Trending

Salon Di Thailand Tular Dan Sentiasa Penuh Pelanggan, Ini Sebabnya

Sebuah salon rambut di Thailand menjadi tumpuan ramai untuk memotong rambut kerana kecantikan dan kemahiran pemiliknya menggayakan rambut.

Advertisement

Cik Ryanan Noi Noi telah membuka Red Cut Salon berhampiran Universiti Pibulsongkram Rajabhat sejak enam tahun lepas dan pelanggan tidak putus-putus datang ke salonnya.

Kini sesiapa yang ingin memotong rambut di salonnya perlu membuat temujanji terlebih dahulu kerana bilangan yang terlalu ramai.

Majoriti pelanggan di Red Cut Salon ialah wanita, bagaimanapun ramai juga pelanggan lelaki. Para suami biasanya membawa isteri bersama mereka untuk memotong rambut di situ.

Dengan pengalaman mendandan rambut selama 15 tahun, ramai datang semula untuk mendapatkan hasil tangan Cik Noi kerana hasil kerjanya yang berkualiti, walaupun pada awalnya mereka hanya datang kerana rasa ingin tahu.

Mereka yang berminat boleh datang ke salon ini yang terletak 300 meter, bahagian kiri dari Pagar 2 Universiti Pibulsongkram Rajabhat.

Salon ini dibuka dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Tetapi digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu. amazingnara.com via Add News Phitsanulok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...