Saloma Link Jambatan Ikonik Yang Cantik Dan Unik, Tarikan Memukau Terbaru Kuala Lumpur

Trending

Saloma Link Jambatan Ikonik Yang Cantik Dan Unik, Tarikan Memukau Terbaru Kuala Lumpur

Selepas 18 bulan dibina, akhirnya Pintasan Saloma atau lebih dikenali sebagai Saloma Link secara rasminya dibuka pada 6 Februari lalu untuk laluan orang ramai dari Kampung Baru ke KLCC.

Projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter ini menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sebuah jalan kecil di tepi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari KLCC.

Advertisement

saloma link

Tentunya ia akan memudahkan orang ramai. Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC hanya dalam masa 10 minit sahaja! Memang efisyen dan tidak perlu lagi menempuh kesesakan trafik.

‘Port’ bergambar paling cantik

saloma link saloma link saloma link

Saloma Link juga adalah tempat bergambar paling cantik dengan berlatarbelakangkan bangunan ikonik negara KLCC.

Reka bentuknya sangat unik dan mengambil ilham sirih junjung yang cukup sinonim dengan adat orang Melayu dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi.

Lebih menarik, Saloma Link turut  dilengkapi dengan hiasan sistem pencahayaan yang cukup canggih. Sebanyak 4,100 unit lampu LED akan bertukar pelbagai warna setiap malam dan mengikut beberapa tema termasuklah untuk musim perayaan.

saloma link saloma link saloma link saloma link saloma link saloma link saloma link

Jambatan ikonik ini yang menelan kos RM31 juta, pastinya akan menerima sambutan hangat warga tempatan dan mampu menarik pelancong yang berkunjung untuk melihat sendiri kencatikan dan keunikan Saloma Link.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...