Salman, Rakyat Syria Terpaksa “Menumpang” Di KLIA2 Kerana Mahu Lari Dari Pergolakan

Trending

Salman, Rakyat Syria Terpaksa “Menumpang” Di KLIA2 Kerana Mahu Lari Dari Pergolakan

Viral di laman media sosial seorang lelaki warga Syria bernama Salman Al-Kontar yang mahu lari daripada pergolakan yang sedang berlaku di negaranya.

Namun timbul pula masalah lain yang tidak dijangka apabila beliau tidak diberi kebenaran meninggalkan lapangan terbang KLIA2.

Advertisement

Berdasarkan sebuah video dari Vice News, Salman telah membawa wakil Vice melihat sendiri tempat ‘tinggal’ sementara beliau dan berkongsi bagaimana hidupnya di lapangan terbang.

Lagi merumitkan keadaan kerana Salman datang ke Malaysia untuk bekerja, tetapi tidak mempunyai Visa dan sudah tinggal di Malaysia hampir 90 hari dan beliau perlu kembali ke Syria.

Tetapi jika beliau kembali ke Syria, beliau akan ditangkap oleh pihak kerajaan kerana tidak menyertai program ketenteraan yang diwajibkan oleh rejim Assad.

Kami kongsikan dengan anda keluhan Salman. “No one wants me and I’m not that bad guy. It hurts me.”

Pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) dalam pada ini dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh Salman.

Semoga urusan beliau dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...