Written by Bella | April 21st, 2018

Semalam, peserta AF 9 iaitu Azri telah dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas sehingga mendatangkan kecederaan serius sekitar dua tahun lalu.

Tentunya netizen merasa cukup berang dengan apa yang terjadi dan pelbagai kata-kata dilemparkan kepada Azri. Bagaimanapun, isterinya Salma tetap mempertahankan suaminya itu dan apa yang berlaku sedikit pun tidak menjejaskan rasa cinta dan sayangnya terhadap Azri.

Buat Salma, orang ramai tidak mengetahui perkara yang sebenar dan berharap mereka tidak membuat andaian berkaitan kes ini.

Perasaan sayang saya terhadapnya tidak pernah luntur. Dia suami saya, sudah pasti saya sayangkannya. Mungkin ini ujian Allah dan orang luar tidak sepatutnya membuat andaian negatif kerana mereka tidak tahu perkara sebenar. Saya kenal siapa suami dan tahu bagaimana sikapnya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.

Hakim Norshila Datuk Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kesnya yang berlangsung pada hari Khamis dan mahkamah menetapkan semalam untuk menjatuhkan hukuman.

Hukuman penjara 14 hari dimulakan semalam dan penjara enam bulan lagi sekiranya Azri gagal untuk membayar denda.

Sumber Berita : BH ONLINE

54 responses to Salma Pertahan Suaminya Azri AF9 Yang Didapati Bersalah Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas

  1. dinda kanda says:

    BUDAK TU MESTI SEDIH SGT DAN FOBIA TANGAN KENA CELUPKAN AIR PANAS OLEH FATHER TIRI JAHAT TU.
    BUAT MASE NI ..SKG MUNGKIN BUDAK TU BOLEH LUPAKAN APA TERJADI (YELAH BUDAK2 KAN ..HARI HARI BAGI COKLAT MESTI DAH TERHIBUR), TAPI SURE BILA DAH BESAR MESTI TERINGAT MAK OR AYAH OR ORANG TERDEKAT YG BUAT DIA, SAMPAI MATI PUN AKAN ASYIK INGAT/FOBIA.
    (hanya pasal coklat sanggup si Azri ni celup air panas sampai melecet tangan budak kecil, sungguh busuk hati dia). Semoga adik ni dilindungi Allah selalu Aminn.