Pembatalan majlis pernikahan yang bakal berlangsung lagi beberapa hari sememangnya membuatkan ramai terkejut, lagi pula pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana kelihatan teruja untuk disatukan sebelum ini.
Difahamkan melalui laporan mStar, kedua-dua pasangan itu sudah saling ‘unfollow’ satu sama lain di platform Instagram tetapi gambar bersama masih ada.
Sehingga saat ini Syafiq masih belum dapat dihubungi, manakala Mimi pula sedang sibuk dengan penggambaran drama barunya.
Bagaimanapun aktres tersebut sempat memuat naik satu hantaran terbaru di Instagramnya seakan-akan memberi gambaran bahawa mereka kini sedang alami ujian yang berat dan memohon agar diberi kekuatan.
Bahkan, ruangan komen di gambar tersebut turut ditutup seakan-akan sudah tahu apa yang akan berlaku.