Saling Menghormati Dan Masih Tinggal Sebumbung Walau Berbeza Agama

Kehidupan

Saling Menghormati Dan Masih Tinggal Sebumbung Walau Berbeza Agama

Mualaf yang baru memeluk Islam pasti akan merasai perbezaan dan harus menyesuaikan diri dengan persekitaran keluarga yang berbeza agama.

Sejak memeluk Islam empat tahun yang lalu, pemuda Orang Asli yang bernama Mohammad Firdaus Mat Lana suku kaum Semoqberi masih tinggal sebumbung bersama ahli keluarga walaupun berbeza pegangan agama di Kampung Paya Sendayan Lipa Kajang, Temerloh.

Advertisement

Dia yang berusia 27 tahun itu harus menyesuaikan diri dengan perubahan sebelum dan selepas memeluk Islam. Selain itu, mengikut pemahaman Orang Asli, mereka tidak dapat menyentuh ahli keluarga beragama Islam yang sudah menginggal dunia.

“Alhamdulillah… ibu, ayah dan adik beradik sangat memahami serta menghormati saya sebagai sebagai Muslim dan kami masih tinggal bersama cuma saya sudah mengasingkan peralatan memasak dan kelengkapan digunakan untuk makan”.

memeluk Islam

Dia menceritakan pengalamannya mula memeluk Islam ketika mengikuti kursus jahitan di sebuah akademi pengajian di mana pergaulan dan dorongan rakan Muslim telah membuka hatinya untuk mendekati dan memeluk Islam.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata dia satu-satunya individu dalam keluarga yang secara rasmi memeluk Islam pada 3 Mac 2017 di Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Pahang.

Mengulas lanjut, Mohammad Firdaus yang meminati agama suci ini, telah mengambil inisiatif menimba ilmu daripada rakan dan ustaz bagi menambah pengetahuan tentang agama Islam.

Mohammad Firdaus berkata, sebelum dia memberitahu keluarga akan niatnya untuk memeluk Islam, dia telah bertanya dengan seorang ustaz bagaimana hubungan dengan ibu dan ayah selepas memeluk Islam terutama apabila dia atau ibu ayah meninggal dunia.

“Menurut ustaz, hubungan kekeluargaan yang terjalin antara kami tetap sama dan tidak akan terputus”.

Selepas mendapat penjelasan itu, dia beranikan diri untuk memberitahu ibu dan ayah mengenai niatnya dan pada mulanya kedua orang tuanya amat sedih.

“Walaupun sudah empat tahun memeluk Islam, saya masih lagi mendalami ilmu agama tetapi pengalaman paling tidak dapat dilupakan sehingga kini adalah dipilih sebagai peserta terbaik daripada 37 yang lain mengikuti program pemantapan akidah anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sebuah resort di Kuantan”.

Mohammad Firdaus yang meminati bidang fesyen berkata, dia kini melakukan kerja kampung dan ada kalanya mengambil upah memotong, mengecilkan seluar atau baju serta membuat kemasan.

“Jika ada rezeki, saya mahu lebih serius dalam bidang jahitan dan fesyen iaity cabang yang saya gemari”.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...