Saling Bermaafan, Noraniza Idris Dan Michael Ang Bertemu Empat Mata di AME2020

Hiburan

Saling Bermaafan, Noraniza Idris Dan Michael Ang Bertemu Empat Mata di AME2020

Penyanyi yang sinonim dengan irama Etnik Kreatif di Malaysia, Noraniza Idris akhirnya bertemu secara langsung dengan pengarah dan penerbit, Michael Ang berhubung dengan isu panas yang terpalit antara mereka sebelum ini.

Pertemuan itu telah ditayangkan secara langsung menerusi majlis Anugerah Meletop Era 2020 yang berlangsung pada malam tadi.

Advertisement

Menurut Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani itu berkata, tujuan dia ingin bertemu Michael Ang bukanlah bertujuan untuk bergaduh tapi hanya ingin mengenali sutradara terkenal itu dengan lebih mendalam.

Tidak mengenali Michael Ang secara peribadi, namun disebabkan isu yang timbul, Noraniza Idris berasa terpanggil untuk bertemu Michael Ang secara peribadi.

“Saya tak kenal Michael secara peribadi. Saya nak jumpa bukan untuk bergaduh tetapi untuk mengenali. Kebetulan ada isu saya terpanggil nak jumpa Michael secara peribadi. Harini saya dapat jumpa. Sebenarnya hati Michael baik..”

Keduanya dilihat bertemu di bilik media pada majlis anugerah tersebut dan menurut Michael dia menerima segala kritikan dan komen negatif namun tidak boleh bertolak ansur jika berkaitan dengan keluarga dan agama.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Sejujurnya saya rela hati nak jumpa Noraniza. Saya boleh terima kalau netizen nak komen negatif. Tetapi bila sentuh bab agama saya sensitif. Saya tahu bukan dari Noraniza. Sesiapa saja yang tulis saya minta maaf. Saya minta maaf dengan Noraniza.”

Mengimbas kembali, persembahan Noraniza Idris ketika konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-7 telah dikritik secara lantang oleh Michael Ang menerusi ruangan Twitter peribadi miliknya.

Sehubungan dengan itu, Noraniza tampil memberi reaksi atas kritikan itu dan telah meluahkan hasrat untuk bertemu Michael Ang secara bersemuka selepas tamat program berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...