Penyanyi lagu Bayang, Khai Bahar sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Siti Nordiana di mana wujud desas-desus mereka berdua sedang menyulam kasih namun dinafikan oleh kedua-duanya.
View this post on Instagram
Namun, kali ini penyanyi itu nampaknya dikaitkan pula dengan pelakon dan juga penyanyi Nabila Razali apabila mereka saling kelihatan mesra ketika berada di majlis resepsi pasangan pengantin baru, Ernie Zakri dan Syamel pada hari Sabtu yang lalu.
Kelihatan serasi bersama, peminat yang melihatkan perkara itu turut mendoakan agar mereka berdua bertemu jodoh dan bercinta.
Malah, Khai dan Nabila juga turut dilihat berbalas komen mesra di laman Instagram masing-masing.
View this post on Instagram
Tampil mengulas mengenai spekulasi tersebut, Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin,27, berkata tiada apa yang istimewa terjadi antara mereka berdua.
“Ketika itu acara bergambar dan secara kebetulan kami berada berdekatan antara satu sama lain. Sebab tu kami ambil gambar sekali dengan Ernie dan Syamel. Mengenai emoji ‘love’ yang saya tulis itu memang tiada bawa maksuk apa-apa pun.”
Mengakui dirinya gemar berkawan dengan sesiapa sahaja, Khai menjelaskan bahawa perkara tersebut bukanlah sesuatu yang asing kerana dia sudah banyak kali dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain.
View this post on Instagram
Khai dalam pada itu sempat bercerita mengenai soal jodoh dan baginya dia tidak mahu tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya masih lagi solo dan tidak tergesa-gesa untuk cari calon isteri. Kriteria wanita idaman saya tidak semestinya bertudung, kalau dia free hari pun saya terima.” – Khai Bahar