July 11th, 2020

Salima Habibi yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 baru-baru ini meluahkan perasaan kesal di atas sikap sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan atas ibu mengandung di luar sana.

Ini berikutan lambakan perniagaan menjual makanan tambahan atau ‘supplement’ yang bertujuan untuk memutihkan bayi supaya lebih cantik dan comel.

Bagi Salima, perkara itu seolah olah memberi tekanan kepada ibu-ibu hamil di luar sana terutamanya bagi mereka yang senang terpengaruh dengan iklan-iklan seperti itu.

Dia turut berkata menerusi entri dalam instagram miliknya bahawa fizikal serta rupa bayi yang lahir sudah pastinya dipengaruhi oleh keturunan iaitu ibu-bapa mereka sendiri dan merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T.

View this post on Instagram

Pantang die mommy hilang time die tgh tdo huhu… mommy dh dtg pun siap merajuk2 xmau mommy peluk, tp 3 saat jela taknak tu hehe..abgnya rambut hitam pekat mcm arang, die ni lain pesen sikit…nk ceritanya, semua ank ni lahir putih ke gelap ker rmbut lurus ke kerinting ker, semua dr Allah yg rancang semua. Dari percampuran benih ibu dan bapa, sangkut lah rupe tok nya sikit opah sikit mak sikit bapa sikit, apa shj yg Allah ciptakan itulah yg terbaik. . . Syukur lah kita atas apa jua yg Allah beri, sy kesian kdg2 tgk ibu mengandung org suruh amik suplement itu dan ini supaya ank putih melepak, supaya bulu mata ank lentik la ape lah, pdhal mak bapa atau keturunan nya mmg dh sedia golapnya. Kalau ank gelap kenapa? Sapa kata kalau putih je baru cantik? . . Terfikir juga kenapa dorg tak buat testimoni pd org Nigeria atau afrika je terus. Utk anda yg ada kulit warna sawo matang ke gelap ker, jgn bg org buli kita , asik nk suruh org jd putih, pelik sgguh la haiii… . . Sy sdiri dlu masa ank dara mcm2 jnis org suggest mcm2 produk suruh kita ni jd putih. Ate, kalau tak putih tu xlawa kee? . . Anak sal sorg ikut kulit sal sorg ikut kulit abah dorg. Tp dlm rumah ni mommy la paling gelap… tetap mommy rs mommy lawa ??. Alhamdulillah… . Kita semua cantik, sbb yg cipta kita Allah yg maha cantik, tp Allah dh bgtau Allah xheran dgn rupa paras kita. Allah tgk akhlak kita, amalan kita, tutur kata kita, niat kita, iman kita. . . Tp setiap hari kita bangun tidur, berapa ramai drpd kita risau dgn fizikal semata mata, belek muka belek jerawat, tgk berat badan tgk wrinkles bertambah ke x, tgk uban,adakah salah? Tentulah tak salah, tp kesihatan rohani, kesihatan jiwa, kesihatan mental, kita amik berat tak? . Jgn terlampau mengikut apa manusia lain lazimi krn ia belum tentu benar walaupun semua org buat. Org nk putih kita nk putih, org lain hidung mncung kita duk mkn belacan pun nk hidung mancung , org lain tanam bulu mata kita main redah jer xkire dlm islam bg buat ke tak. . . Kalau kita bijak bestari, sebelum buat apa2 kita akn pastikan dlu ia baik tak utk fizikal, mental jiwa dan imanku? . . Bila kita syukur Allah tambah nikmat.

A post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on

“Nak ceritanya, semua anak ni lahir putih ke gelap ke rambut lurus ke kerinting ke, semua dari Allah yang rancang semua. Dari percampuran benih ibu dan bapa, sangkut lah rupe toknye sikit opah sikit mak sikit bapak sikit. Apa sahaja Allah ciptakan itulah yang terbaik,”

Salima turut memesan kepada ibu bapa di luar sana supaya sentiasa bersyukur di atas pemberian Allah S.W.T ke atas mereka. Dia turut merasa simpati ke atas ibu mengandung yang dipaksa untuk membeli supplement semata-mata hanya untuk memutihkan wajah bayi dan pelbagai lagi kenyataan mengarut daripada penjual.

View this post on Instagram

Musim perkahwinan Alhamdulillah, ramai yg bakal melaksanakan sunnah melangsungkan perkahwinan pd musim cuti sekolah ini. Seperti mana kita sgt menjaga kesihatan dan kebersihan diri kita bg mengelak terkena wabak covid 19, moga lebih lagi kita berdisiplin menjaga syariat. . . Hari ni sal nk fokus pada topik pernikahan dlm ruang solat di masjid. . Pastikan kita jaga adab dlm rumah Allah. Tentukan semua menutup aurat dgn sempurna, tiada percampuran antara yg bkn mahram spt sepupu sepapat lain jantina , ipar duai , apetah lagi sekadar kawan berlainan jantina. . . . Pastikan semua yg masuk dlm ruang solat ( masjid) tidak berada dlm keadaan hadas besar, samada dlm haid, nifas, junub dan lain2. Haram ye duduk dlm ruangan solat kalau kita dlm hadas besar. Walaupun kita bridesmaid, syariat Allah mesti diutamakan, kalau haid jgn duduk di ruangan solat. Kalau pengantin yg dlm haid pun jgn masuk juga. Duduk di beranda dan sbgnya. Tentukan kita utamakan Allah dlm agenda kita bukan utamakan nafsu. . . . Jika photoshoot di dlm kawasan masjid, jagalah adab kita berada di rumah Allah. Confuse juga kdg2 tgk, kawasan masjid dah, tp mcm tgk filem titanic dh shootingnya. Islam agama yg meraikan cinta, bercintalah dlm jalan menuju redhaNya. . . . Bukankah kita menginginkan perkahwinan yg sakinah mawaddah warahmah didlmnya, bahagia itu dtg dr Allah, masakan boleh kita bahagia jika diawalnya shj kita pincangkan dgn melakukan yg Allah murka. Mari kita biasakan yg betul dan betulkan yg biasa??? . . Moga yg bakal melangsungkan perkahwinan, Allah hadiahkan kebahagiaan hingga syurga, sama2 cinta kerana Allah ameen. Selamat Pengantin Baru ?????? Barakallahu Lakuma… . . Gambar throwback sungguh ni… hahahaha Apa yg sal kongsi ni adalah drpd apa yg telah dipelajari dlm beberapa kelas Fiqh drpd zaman @usrahfitrah awal2 dlu dgn @ustazshahrizan dan juga apa yg dipelajari drpd suamiku Ustaz @syedkadir dlm kelas2 beliau… kalau ada soalan, jgn tny yer hehe.. maknanya kene pergi mengaji tu, masjid2 seluruh malaysia bnyk kelas pengajian, boleh join belaka…

A post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on

View this post on Instagram

Alhamdulillah selamat smp Ipoh, just me n 3 kids… sorg lg tu ank adik sal, bg mkn n pg toilet siap2 sblm kluar rumah, masuk kereta, bg bantal kcik sorg satu, selimutkn asmaa’ . Baca doa naik kenderaan n jalan… Allah taala mudahkan, semua tido sepanjang perjalanan… . . Mommy siap buat konsert sorg pun tak sedor, dr qasidah smp lagu hindustan mommy nyanyi, semua pengsan hehe… . . Lepas je tol ipoh, sorang sorang terbangun…. alhamdulillah Allah jaga, selamat smp disambut dgn ikan keli membei dan cempedak goreng my mum masak???? . . Nikmat mana lg ingin kita dustakan? Allah bg banyak sgt berbanding apa yg Allah suruh dan larang…

A post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on

 Dia yang turut memuat naik foto anak perempuannya, Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofree menerusi entri berkenaan juga berkata bahawa semua manusia dilahirkan cantik dan elok paras rupa, namun Allah hanya memandang umatnya melalui akhlak serta amalan seharian kita.

Mengimbas kembali, Salima kini berbahagia bersama keluarga tercinta selepas bernikah dengan penceramah bebas iaitu Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre sebagai isteri kedua pada tahun 2013 yang lalu .


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...