August 27th, 2009

salih yaakob

Kagum kami sekagum-kagumnya mendengar cerita tentang Salih Yaakob. Buat yang tak tahu, Salih Yaakob dah kawin 3 orang. Lagi satu jer nak cukup kuota maksimum. Kepada suami-suami yang berniat nak kawin lebih dari satu, sila contohi keadilan dan kehebatan Abang Salih. Terutamanya kepada artis-artis lelaki yang sampai bercerai-berai nak kawin lain sedangkan tak mampu nak buat camtue.

Abang Salih Yaakob nie ada jadual balik rumah isteri-isterinya setiap hari. Yang paling penting, 3 isteri dia memang kawan baik. Kamceng la kiranya. Tue yang kadang-kadang kalau Salih Yaakob tersilap balik rumah (maklumlah bini ramai sangat), diorang bertiga rileks jer. Takder nak gaduh-gaduh. Mungkin sebab diorang tau Salih Yaakob tak ada niat nak balik tersalah rumah kot.

Lepas tue kitorang dengar masa isteri no 3 nak bersalin, isteri no 2 yang pergi hantar gi hospital. Perghh. Mana ada cerita kebahagiaan rumah tangga zaman moden sampai camnie sekali. Selalu kalau laki yang berkawin dua pun, bini no 1 gi serang bini no 2 bawak parang. Ini siap leh hantar gi bersalin dan tanamkan uri bayi baru lahir tue lagi. Kagum gila-gila kami dibuatnya.

Untuk menambahkan lagi kekaguman kami, kalau tak silap isteri no 1 dan isteri no 2 punya rumah sebelah sebelah jer. Lepas tue ada suatu time tue, isteri no 1 ngan isteri no 2 nie mintak kebenaran nak pergi umrah bersama-sama kat Salih Yaakob. Tengok tue betapa adilnya Salih Yaakob hingga bini-bini dia leh jadi member kamceng sampai tahap macam tue skali.

Tapi ada satu permasalahan yang tengah timbul sekarang nie. Dengar ceritanya Abang Salih Yaakob nak masuk pertandingan Sehati Berdansa Musim Ke 3 nanti. Jadi bini yang mana satu Abang Salih nak bawak? Yang no 1 ke? Atau yang no 2? Kalau dua-dua merajuk, bawak jer bini no 3. Hehehe.

Apa-apa pun buat Abang Salih Yaakob. Anda memang contoh suami mithali yang terbaik. Memang wajar dijadikan idola kepada lelaki-lelaki di luar sana yang nak berbini lebih. Silalah pergi menuntut ilmu dengan Salih Yaakob dulu sebelum anda terasa nak kawin lain.


Comments are closed.

Loading...