Bila sebut sahaja tentang poligami tentu lelaki-lelaki diluar sana senyum lebar sampai ke telinga bukan? Dalam hati, “alangkah bestnya kalau dapat berbini lebih dari satu.â€
Berbicara mengenail hal berkenaan, otai kita Salih Yaacob menasihatkan lelaki yang ingin berhidup poligami untuk mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Menurut Salih, meskipun seseorang itu mempunyai kewangan yang kukuh ia belum tentu menjamin kebahagiaan rumah tangganya.
Kehidupan yang saya lalui ini adalah ketentuan yang sudah ditentukan Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan lain yang melalui proses sama. Cuma, saya nak berpesan agar mendalami ilmu agama terlebih dahulu kalau mahu berpoligami. Jangan sekadar mempertaruhkan wang ringgit kerana itu belum mencukupi.
Tambah Salih, janganlan berkahwin kerana nafsu kerana tanggungjawab hidup berpoligami ini besar dan pelbagai perkara yang perlu diambil kira. Dari mendidik isteri-isteri sehinggalah anak-anak.
Lagi satu jangan berlandaskan nafsu semata-mata kerana nafsu hanyalah alat saja. Bukan apa, hidup berpoligami ini tanggungjawabnya takkan berhenti.
Banyak perkara perlu diambil kira terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Semua itu bukan mudah. Saya melalui lima kali perkahwinan, jadi banyak pengalaman sudah dilalui. Dalam masa sama, setiap isteri mempunyai perangai masing-masing.
Salih  tidak mahu menggalak atau menghalang mana-mana lelaki yang mempunyai niat untuk berpoligami dan beliau  juga tidak kisah jika ada segelintir lelaki menjadikannya sebagai mentor dalam hal berkaitan poligami.
Diakui memang ramai bertanya kepada saya mengenai hidup berpoligami. Jawapan saya kepada mereka adalah apa dilalui ini berdasarkan pengalaman. Jadi terpulang kepada individu itu untuk menjadikan saya mentor. Paling penting lengkapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya dengan ilmu yang bukan-bukan.
Kalau kahwin satu pun tanggungjawab sudah besar apatah lagi kalau ingin hidup berpoligami. Tanya diri sendiri, adakah sudah cukup ilmu di dada untuk mendidik ramai isteri dan anak-anak nanti? Jangan fikir seronok sahaja.