“‘Sales’ Kedai ‘Drop’, Isteri Jadi ‘Panas'” – Usop Big Stage Dedah Kena Sihir Pemisah, Rumah Tangga Kena Ganggu Orang Terdekat

Hiburan

“‘Sales’ Kedai ‘Drop’, Isteri Jadi ‘Panas'” – Usop Big Stage Dedah Kena Sihir Pemisah, Rumah Tangga Kena Ganggu Orang Terdekat

Penyanyi Usop baru-baru ini berkongsi mengenai pengalamannya terkena sihir pemisah yang dikirim daripada orang terdekat.

Kata Usop, rumah tangganya bersama isteri, Nur Fatihah menjadi ‘panas’ dan sering bertelagah selain kedai makan yang diusahakannya turut mendapat tempias sehingga terpaksa ditutup.

Advertisement

Saya kena dengan bini saya. Saya pelik, kitorang ada buka kedai, kedai Alhamdullilah memang ramai. Selepas isteri saya bersalin, kedai saya drop. Sales saya drop, kitorang bergaduh dekat dalam kedai. Lama juga la.

Saya jadi macam tengok bini saya jadi rasa panas padahal benda sikit ja pun. Bini saya pun ada mimpi pelik-pelik. Bangun-bangun ada lebam.

Ujarnya lagi, dia tidak pernah memusuhi sesiapa namun hairan jika ada yang tidak berpuas hati dengan dirinya dan keluarga.

Sebenarnya saya tahu (si pelaku). Dia hilang terus tapi ustaz cakap orang tu tak tahu hilang mana. Saya pun dah lama tak jumpa dia. Saya takmau p cari, kita ada Allah dan agama, biar Allah yang balas.

Usop dalam pada itu meminta agar si pelaku untuk segera bertaubat kerana manusia tidak selamanya hidup di dunia dan bakal berdepan kematian juga di akhirnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zul yahya
4 months ago

"Perangai Elok Sikit Awak Tu Dah Tua" - Sakan Kecam Bangsa Sendiri, Zul Yahaya Kena 'Petik' Dengan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...