Written by serenity | August 15th, 2017

Kata orang, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Begitulah jika nak diibaratkan bakat yang diwarisi oleh Syafiq Farhain, anak kepada penyanyi Saleem yang pernah mencipta nama dengan kumpulan Iklim sekitar tahun 90-an.
syafiqsaleemSyafiq sudah membina kerjaya sebagai seorang anggota bomba tetapi bakatnya mula dikesan apabila mula menyanyikan lagu Saleem dan balada Rock lama menggunakan aplikasi Smule dan mengumpul ramai pengikut di media sosial.

Disebabkan bakat dan populariti Syafiq, dia sering dipanggil untuk mengadakan persembahan dan biasanya dalam persembahannya dia mendedangkan lagu-lagu Saleem. Syafiq kini menjadi artis rakaman, namun begitu, Syafiq tidak bercadang untuk meninggalkan kerjayanya sebagai ‘abam bomba’ dan mahu keduanya bergerak seiring.

Perkhabaran terbaru, Saleem rupanya tidak senang apabila Syafiq menyanyikan lagu-lagunya. Ahad lepas, Saleem telah muncul dalam rancangan Melodi TV3 dan mengkritik seorang penyanyi yang dikatakan menumpang popularitinya dengan menyanyikan lagu-lagunya. Namun nama Syafiq tidak disebut dalam temubual itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Semalam, pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq, MVM Production- Rumhadi Rumlan memberitahu mStar Online yang dia telah menemui Saleem untuk berbincang sebelum rakaman Melodi tersebut disiarkan.

Dalam perbincangan itu Saleem mahu anaknya iaitu Syafiq Farhain agar tidak mengaitkan nama dia dalam mana-mana temuramah bersama media dan menyanyikan lagu-lagunya di mana-mana acara.

Saleem dikatakan berbuat demikian kerana tindakan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya mengganggu ‘periuk nasi’nya. Disebabkan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya mungkin sesetengah pihak tidak mahu memanggil Saleem sendiri untuk membuat persembahan lagi. Kata Rumhadi :

Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem.

Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain.

Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham.

Saleem juga dikatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya Syafiq terus menyanyikan lagu-lagunya.


Gambar: Utusan Malaysia–Saleem dan Julia Bachok

Sementara itu dalam satu laporan lain dari mStar, ibu tiri Syafiq, isteri Saleem yang bernama Julia Bachok mendakwa Saleem melakukan sebegitu kerana perbuatan Syafiq sendiri kepada bapanya.

Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.

Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini.

Julia mendakwa perselisihan antara Saleem dan Syafiq suda berlaku bertahun-tahun lamanya dan masih belum diselesaikan. Julia juga memberitahu dia sebagai ibu tiri yang sebenarnya telah membawa Syafiq ke syarikat rakaman untuk diperkenalkan sebagai penyanyi, dan Syafiq bukan diperkenalkan oleh Saleem sendiri.

Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu.

Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka.

Julia menambah, kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif, kerana mereka memanggil Syafiq dan meminta dia menyanyikan lagu-lagu Saleem dengan bayaran yang murah.

Gambar: Syafiq dan ibu kandung
Setakat ini masih belum ada kenyataan langsung dari Syafiq mengenai perkara ini. Bagi penulis, apabila Saleem merasakan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya berkemampuan menjejaskan periuk nasinya, bermakna Syafiq memang berbakat besar orangnya.

Jadi nyanyi lagu apa pun pasti baik hasilnya. Semoga dua anak-beranak ini akan berbaik akhirnya suatu hari nanti, bersama kita doakan.-beautifulnara.com

91 responses to Saleem Tidak Izinkan Anak Guna Namanya, Nyanyi Lagunya

  1. Mann says:

    Dia ingat lagu2 dia tu nk tolong dia kot dlm kubur nanti..

  2. Eyeee says:

    Nasib baik anak ikut muka mak…
    Ensem la jugak..klau ikut muka saleem..hurmm.
    kbai.

  3. Lela says:

    Saleem tu dah nyayuk.makan dadah banyak sangat. Effect kat otak tu. Aku ni membesar dengan lagu Saleem. Karier dia berakhir apabila dia ambik dadah.suara pun tak sehebat dulu.semua kerana dadah. Periuk nasi ko tak besar mana pun Saleem.dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. In fact ko tak da hak pun atas lagu.syarikat rakaman lebih berhak.tapi orang masih hormat kan ko sebab anak ko jugak. Jangan nak perasan sangat hebat

  4. Aida says:

    kau tak jalankan tanggungjawab sebagai bapa, kau layan mak dia mcm tu rupa dulu, kau susahkan hidup budak tu dan adik beradiknya .. sekarang kau nak marah bila dia tak suka kau? .. bila sekarang dia dah berdikari, dia tak suka kau, kau nak marah dia? kau pakai agama untuk tunduk kan dia? kalau kau betul2 insaf, cuba berbuat baik dgn dia & mak & adik beradik dia, aku rasa dia pun sejuk hati . . tapi kalau kau tak sedar diri mcm ni, nak bermusuh dengan dia sebab suara yang dia dapat dari keturunan kau, kau boleh pergi meninggal salem .. aku respect juga dgn kau, harap kau berubah .. tapi kalau mcm ni gaya nya dgn anak sendiri .. boleh blahhhhhh ~ dia jauh lagi hensem dari kau lah, semoga dia terus berkhidmat sebagai bomba, ada pendapatan tetap, boleh jaga mak & adik beradik dia dan boleh hidup bahagia .. urghhh emosi pula aku petang2 ni ..

    • wekkkkkkk says:

      hrp2 Saleem boleh bacalah semua komen netizen ni , sbb saya rasa dia mgkn dh kabur pandangan, dn jgn bagi org lain bacakan ya..nnti a jadi b, b jadi c…brtmbah maraklah api.

  5. Saujana says:

    cuma nak cakap sejuk mata memandang mak kandung syafiq.

  6. apalah nasib bapak macam ni says:

    memalukan jer bapak macam ni…
    cukup punya syukur anak kau membesar menjdi manusia tak membesar jadi mcm kau ….

    masa dia kecik dia malu nak mengaku sbb kau jugak dia kena ejek kat sekolah…anak penagih dadah!!!!

    orang lain ok jer anak guna nama bapak cari rezeki…. apa masalahnya…

    kau dengan bini kau yg celupar tu sila berambus dr dunia seni…..

    dua2 buat taik … malukan orang terengganu…

  7. salem lahai says:

    kalau orang lain nyanyi macam mana plak…
    nak saman jugak ker…
    nasiblah tuhan tak saman kau..
    tau bg sperma jerk…
    pastu main dadah…
    tuhan nak amik suara kau sekejapan jer tu…

  8. Farah Alina says:

    OMG. What ever happen, anak tetap anak lah.

  9. senjakala says:

    tak rugi pun tak guna nama ko….

  10. anak bapak says:

    itu bukan tuduhan ..dah memang nyata ko amik dadah dh terbukti beberapa kali kena tangkap so sebagai anak malu kalo bapak mcm tu….bersara jer la terus ..kasi chance anak pula jdi penyanyi

  11. Anonymous says:

    Kalau masa dia kecik kamu asyik hisap dadah.sibuk dgn band.cerai berai.anak mana yg sanggup tahan mental.anak kalau lalui zaman gelap mcm tu mmg tak ngaku bapak punya.Tengok diri dulu bang salem..jgn ikut ego kamu je.apa salah kamu berbaik dgn anak.dah sah2la itu anak kamu.yg tua tu tak semestinya benar dan betul je memanjang.tengok bang salem pun masa dulu hidup porak peranda je,belum kes dadah lagi.

  12. Anonymous says:

    Hari tu dah sakit nak mati pun masih nak kejar dunia.nyahlah lagu2 kau dari sini.tak perlu disanjung kalau bapak perangai mcm mat dadah.sound anak kat tv kot.mcm gian dadah je.memalukan.adap mana?otak tu letak kat…kat..kat muka.hormat sikit orang darjah 5.awak tu darjah 4.

  13. janedoe says:

    based on statement saleem ni kita dah boleh tahu dia macam mana
    tu anak kau kot, kalau kau ayah yang baik, statement mcm ni x kan kluar dari mulut kau

  14. Anon says:

    Aritu sakit, ingatkn mcm x da harapan dh.
    Ni dh sihat, bawak2 la bertobat bang saleem oii. X kemana lagu2 n nyanyian2 kau tau. Bila2 ja Allah bleh trik, stetment tu jgn bongkak sgt ye bang
    Tu darah daging kau. Kau ad tanggung x segala nafkah anak2 kau dari kecik? Dari cara percakapan kau, aku rasa kau x kisah pon dgn nafkah dorg. Kau ada pikir susah payah anak2 ko dlu? Mcm mna dorg membesar dlm keadaan serba kekurangan? Smpai sekarang ni dia dh jdi sorg yg berjaya. Y not kau sokong je dia.Tebus balik ap yg kau x dpat bagi kat dia masa dia kecik2 dlu. Ini tidak, kau sibuk nk tunjuk ego kau.

  15. Yun says:

    Sapa sangka cm novela pula…anak yg x dipedulikan kerana glamour dn dadah…setelah bertahun2 bole menyanyi sama hebat..waris kecantikan ibu yg ditinggalkn..akhlak lebih baik…kau tak rasa bangga pn bahkan anggap saingan pula..rupanya masih rasa sgt hebat wlu nyaris2 ….rencana Allah lebih hebat…Syafik kau nk nyanyi pn biar bersih dadah dn rasa angkuh dunia glamour,…biarlah mengalah x rugi apa pn…berbekal bakat bkn …

  16. mok cute says:

    bkn dulu dia sendiri pernah buang anak bini semata2 bini baru tu ke? tak pernah bagi nafkah sebok dgn bini skrg…tak pernah amik tau hal2 anak…bini skrg x silap mulut blh tahan cam longkang…

  17. mak c kina says:

    bapak yg xpernah sedar dgn apa yg dia pernah buat kt ank isteri nya..penderitaan ank yg diejek kt skolah..syukur sgt sbb syafiq xjadi mcm dia..masih blh bersekolah & punyai pekerjaan yg sgt mulia..syafiq mgkn dah memaafkan bapak nya,tp kedukaan yg dia tanggung selama ni,bkn boleh padam mcm tu saja..jd saleem,ko yg patut mulakan langkah utk berbaik dgn ank ats apa yg ko dah buat sblm ni..
    aku xfhm nape saleem nk ambil tindakan undang2 klu syafiq nyanyi lagu dia..lagu tu bkn dia yg tulis..dia yg kecoh nape?

  18. sakit mata says:

    Sori la Saleem aku tak pernah minat suara ko yang sengau tu..tgk ko pun aku menyampah lum dengar ko bercakap lagi..adoiii…nak kontrol kut terkeluar slang tganu tu…perasan je lebih ko ni..

  19. Danee says:

    Syafiq ..Walau keadaan mana sekali pun dia tetap bapak kamu. Tanpa dia siapalah kamu. Bersangka baiklah dan doakan semoga dia berubah dan jadikan itu sebagai pedoman untuk Syafiq apabila berkeluarga kelak. Buang yang keruh ambil yang jernih…wasalam

  20. Lala says:

    Bapa sy seorang penagih.. Penagih yg belum insaf ni mmg tidak akn fikir tentang perasaan org lain termasuklah darah daging sendiri..

  21. Ros says:

    Bapak aku masih memburukkan nama aku dan adik beradik lain kepada saudara mara walaupun dah tua nak mampus. Macam nilah, mak bapak bukan mulia mana ye para netizen dan tiada istilah manusia boleh berubah esp yang jahat. Maka janganlah jadi bengap nak ubah sesiapa dalam hidup dengan mengorbankan diri. No such thing as people change due to someone else. Kalau asal dah binawe, begitulah selamanya, kalau berubah pun kejap keler pastu binawe balik. Sekian.

  22. peminat no1 says:

    terima kasih salem sebab larang syafiq nyanyikan lagu iklim..
    yaa.. dgn bangganya sy dah putar lebih 100x .. lagu syafiq ni.. rasa berhantu betul lagu ni.. mcm zaman 80an, 90an.. sedapp gillerr lagu dan suara nya..

    kalau tak sebab salem larang, odem tak tau ni anaknya..
    kipidap syafiq… ayaaa… tersenguk2 kepala sambil pejam mata besstt giler lagu dia..

  23. mak c kina says:

    maaf klu aku dh tertinggal flight…tp sejak aku tau syafik ni ank saleem,aku xpenah pun dgr/baca yg dia mengaku dia ank saleem..yg aku tau,org yg bgtau dia ank saleem..so aku rse bkn dia yg nk guna nama saleem pun

  24. cma says:

    aplah nak gaduh2.. hal dunia jer.. tak bawa ke mana… tak guna pun takper… kor ada suara… kipidap dik…

  25. daon kesom says:

    Kalo bapak korang penagih dadah tegar pun, muka dah mcm zombie, rokok berkotak2 pasti ada terbit rasa memberontak jgk. Keluar masuk penjara, ambik duit, jumpa dadah sana sini, kat sekolah, rmh jiran2 mesti kena ejek. Korang rasa beban sbg anak seorg penagih yg penuh gosip buruk. So, instead nasihat mcm korang ostajah arbakyah, better doakan dia saja. Memang manusia berubah selaras dgn masa. Mungkin dulu dia terlalu benci, so skrg dia dah biasa2 dah…benda dah lama. Mcm korang gaduh benci dgn kawan2, laki bini…dah lama2 reda lah angin.

  26. rusa lima says:

    Utk syafiq, suara u biasa saje. Better kekal dlm bomba.seni hanya part time.

  27. Aida says:

    pergi berguru dengan jamal abdillah lah salem. tengok jamal abdillah dengan anak dia, osama tu .. nicely dia develop bakat anak dia, tone suara hampir sama juga, takde nak saman nya .. urghh salem salem ..

  28. MAK LAMPIR KETURUNAN HANG LI PO says:

    tetiba rasa malas nak nyani karaoke lagu2 iklim. Risau anak bechok keturunan lanun bugis ni minta royalty kat aku plak lepas nyanyi. hanat punya perempuan. kau ingat lagu2 dan lirik2 iklim tuh, sallem ke yg perah otak. dia syok2 nyanyikan jer pon. zaman 90an boleh la.. skrg laki kau boleh bungkus kain kapan terjun kubur lagi bagos. kami tak perlukan bekas penagih gila mcm kau dlm industri ni lagi. sekian dari mak lampir