Saleem Tidak Izinkan Anak Guna Namanya, Nyanyi Lagunya

Hiburan

Saleem Tidak Izinkan Anak Guna Namanya, Nyanyi Lagunya

Kata orang, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Begitulah jika nak diibaratkan bakat yang diwarisi oleh Syafiq Farhain, anak kepada penyanyi Saleem yang pernah mencipta nama dengan kumpulan Iklim sekitar tahun 90-an.
syafiqsaleemSyafiq sudah membina kerjaya sebagai seorang anggota bomba tetapi bakatnya mula dikesan apabila mula menyanyikan lagu Saleem dan balada Rock lama menggunakan aplikasi Smule dan mengumpul ramai pengikut di media sosial.

Disebabkan bakat dan populariti Syafiq, dia sering dipanggil untuk mengadakan persembahan dan biasanya dalam persembahannya dia mendedangkan lagu-lagu Saleem. Syafiq kini menjadi artis rakaman, namun begitu, Syafiq tidak bercadang untuk meninggalkan kerjayanya sebagai ‘abam bomba’ dan mahu keduanya bergerak seiring.

Advertisement

Perkhabaran terbaru, Saleem rupanya tidak senang apabila Syafiq menyanyikan lagu-lagunya. Ahad lepas, Saleem telah muncul dalam rancangan Melodi TV3 dan mengkritik seorang penyanyi yang dikatakan menumpang popularitinya dengan menyanyikan lagu-lagunya. Namun nama Syafiq tidak disebut dalam temubual itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Semalam, pengarah urusan syarikat rakaman Syafiq, MVM Production- Rumhadi Rumlan memberitahu mStar Online yang dia telah menemui Saleem untuk berbincang sebelum rakaman Melodi tersebut disiarkan.

Dalam perbincangan itu Saleem mahu anaknya iaitu Syafiq Farhain agar tidak mengaitkan nama dia dalam mana-mana temuramah bersama media dan menyanyikan lagu-lagunya di mana-mana acara.

Saleem dikatakan berbuat demikian kerana tindakan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya mengganggu ‘periuk nasi’nya. Disebabkan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya mungkin sesetengah pihak tidak mahu memanggil Saleem sendiri untuk membuat persembahan lagi. Kata Rumhadi :

Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem.

Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain.

Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham.

Saleem juga dikatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya Syafiq terus menyanyikan lagu-lagunya.


Gambar: Utusan Malaysia–Saleem dan Julia Bachok

Sementara itu dalam satu laporan lain dari mStar, ibu tiri Syafiq, isteri Saleem yang bernama Julia Bachok mendakwa Saleem melakukan sebegitu kerana perbuatan Syafiq sendiri kepada bapanya.

Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.

Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini.

Julia mendakwa perselisihan antara Saleem dan Syafiq suda berlaku bertahun-tahun lamanya dan masih belum diselesaikan. Julia juga memberitahu dia sebagai ibu tiri yang sebenarnya telah membawa Syafiq ke syarikat rakaman untuk diperkenalkan sebagai penyanyi, dan Syafiq bukan diperkenalkan oleh Saleem sendiri.

Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu.

Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka.

Julia menambah, kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif, kerana mereka memanggil Syafiq dan meminta dia menyanyikan lagu-lagu Saleem dengan bayaran yang murah.

Gambar: Syafiq dan ibu kandung
Setakat ini masih belum ada kenyataan langsung dari Syafiq mengenai perkara ini. Bagi penulis, apabila Saleem merasakan Syafiq menyanyikan lagu-lagunya berkemampuan menjejaskan periuk nasinya, bermakna Syafiq memang berbakat besar orangnya.

Jadi nyanyi lagu apa pun pasti baik hasilnya. Semoga dua anak-beranak ini akan berbaik akhirnya suatu hari nanti, bersama kita doakan.-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...