Salahkah Kalau Saya Berkawan Dengan Artis Wanita? – Zizan Razak

Hiburan

Salahkah Kalau Saya Berkawan Dengan Artis Wanita? – Zizan Razak

Walaupun hanya berkawan dengan Ummi Nazeera, masih ramai lagi yang mengatakan Zizan Razak sedang bercinta dengan aktres tersebut.

Menerusi portal Mangga Online, Zizan sekali lagi menegaskan beliau tiada apa-apa hubungan dengan Ummi.

Advertisement

Zizan pada masa yang sama mempersoalkan, adakah salah untuk beliau berkawan dengan pelakon wanita cantik kerana beliau sering dihimpit dengan gosip percintaan setiap kali rapat dengan mana-mana pelakoan wanita.

Saya dengan Ummi tidak ada apa-apa hubungan melainkan sebagai tunang di dalam Angin Cinta. Itu sahaja. Ketika mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok.

Mungkin kerana tidak biasa. Tapi selepas kami mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, timbullah gosip-gosip seperti itu. Namun, saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.

Apakah pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke… hingga boleh timbul gosip-gosip panas? Salahkah kalau saya berkawan dengan artis wanita?

Sebenarnya Zizan tidak kisah akan pandangan orang lain kepada beliau, tetapi kadang-kadang ada juga gosip yang sengaja diperhangatkan dan ia  boleh mencalarkan imejnya.

Sumber Berita : Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...