“Salah Tu Ustaz..” – Dikata Dah Lama Berpisah, Suami Ibu Tunggal Viral Tampil Betulkan Kenyataan Ebit Lew

Kehidupan

“Salah Tu Ustaz..” – Dikata Dah Lama Berpisah, Suami Ibu Tunggal Viral Tampil Betulkan Kenyataan Ebit Lew

Siapa saja yang dalam kesusahan, pasti pendakwah bebas bernama Ustaz Ebit Lew akan turun menghulurkan bantuan dalam sekelip mata dan individu terawal yang akan membantu.

Beberapa hari lalu, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan bekerja sebagai penghantar makanan dibantu oleh Ebit Lew kerana difahamkan telah berpisah dengan suami.

Advertisement

Untuk menyara seorang cahaya mata itu, wanita itu telah menjadi penghantar makanan, namun dengan hanya berjalan kaki dan tidak menggunakan motor seperti rider lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Bagaimanapun, di ruangan komen seorang jejaka bernama Fakhrul Rosli menafikan dirinya serta wanita bernama Amy itu sudah lama berpisah. Menurutnya, biarpun mereka tinggal berasingan, hubungan suami isteri itu masih dalam keadaan baik dan berhubung demi kepentingan anak.

 

komen netizen

Status terkini suami isteri tersebut masih di dalam proses dan sepatutnya menerima keputusan dari pihak mahkamah pada hari ini.

komen netizen

Menurut Fakhrul lagi, jauh disudut hati masih menyayangi Amy dan anak serta berharap masih dapat pertahankan rumah tangga mereka lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

1 year ago

"Cantik Pun Kena Tinggal" - Dibantu Ebit Lew Sebab Ibu Tunggal, Netizen Komen Hal Lain Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...