“Salah Tetap Salah, Nanti Apa Saya Cakap Akan Dikecam” – Risteena Ulas Isu Khalwat Ruhaines

Hiburan

“Salah Tetap Salah, Nanti Apa Saya Cakap Akan Dikecam” – Risteena Ulas Isu Khalwat Ruhaines

Pelakon Nur Risteena memaklumkan dia enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai keputusan kes khalwat melibatkan adiknya, pelakon Ruhainies baru-baru ini.

Ujar aktres itu, dia sedia maklum mengenai kenyataanya pasti disalah erti dan dikecam ramai.

Advertisement

Berikutan itu, dia tidak akan menegakkan benang yang basah kerana apa yang salah, tetap salah.

Saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar daripada mulut saya hanya akan dikecam dan tanggapan negatif.

Tapi sebenarnya hanya yang tahu sahaja tahu apa yang berlaku. Salah tetap salah, apa yang penting semuanya sudah selesai.

Risteena dalam pada itu turut memberitahu bahawa adiknya itu tidak membaca komen negatif netizen dan berada dalam keadaan baik.

Ruhainies hanya bagitahu saya yang dia tidak baca komen. Tak tahu pula kalau dia sedih ke apa, tapi setakat ini tengok dia okay sahaja.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah dan didenda RM3,000 setiap seorang.

Pada 20 Jun tahun lalu, mereka hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi lanjutan bon jamin kes khalwat di sebuah kondominium.

Media sebelum ini melaporkan seorang selebriti berkahwin dan seorang pelakon wanita ditangkap berkhalwat di kondominium mewah di Kuala Lumpur. Menurut sumber, tangkapan dibuat JAWI hasil maklumat awam di kediaman pelakon wanita tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hours ago

"Elok-Elok Aku Minat, Terus Tak Minat Kau" - Zarina Anjoulie Dakwa Linda Jasmine Sombong, 'Feeling' Kim Kardashian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...