September 15th, 2020

Penyanyi yang dahulunya terpalit isu kontroversi rumah tangga bersama pengusaha kosmetik Joy Revfa, Hafiz Hamidun berkata dirinya kini gembira dan lebih matang dalam menempuhi ranjau kehidupan sebagai khalifah di atas muka bumi.

Penyanyi nasyid yang terkenal dengan album zikir ini turut berkata dirinya kini lebih tertumpu kepada syarikat yang diusahakannya serta hidupnya kini lebih berseri dengan kehadiran anak angkat lelaki, Hamdee Hafiz.

“Saya rasa life saya sekarang ni makin happy. Daripada 2017 punya kes, semakin lama semakin saya lupakan. Saya dah move on lama dah. Fokus saya sekarang ini adalah pada anak angkat saya, pada syarikat dan kerja-kerja saya.”

Dalam pada itu, Hafiz mengakui dirinya agak terkesan dan pernah mengambil keputusan untuk berhenti daripada bermain media sosial kerana tidak dapat menanggung tekanan akibat daripada komen-komen yang dilemparkan netizen atas penceraiannya yang terdahulu.

View this post on Instagram

Back to the studio. We have @chaan0709 in the house. @arteffectsmedia #musicproducer #musicproduction

A post shared by Hafiz Hamidun ® (@hafizhamidun) on

Dia yang ditemui media ketika pelancaran lagu Sabda Kekasih di Menara Symphony, Petaling Jaya baru-baru ini menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak menyimpan dendam dan menganggap pengalaman lalu itu banyak mengajarnya untuk lebih bersabar dan mengawal emosi.

“Walaupun dah tiga tahun berlalu, kadang-kadang lalu juga orang flashback balik. Sampai hari ini kalau ada berita pasal saya atau dia, pasti keluar cerita lama. Dia mungkin berakhir kalau salah seorang kami settle down. Sehinggakan mak saya turut bertanya kenapa masih ada yang bertanya sehingga sekarang,”

View this post on Instagram

First TV Interview for 2020. Lets do this.

A post shared by Hafiz Hamidun ® (@hafizhamidun) on

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini turut berfikiran positif dan menganggap masyarakat pastinya mempunyai perasaan timbang rasa dan tidak akan mengungkit kisah silam individu lain selama-lamanya.

Sumber : Media Hiburan


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...