Menerusi akaun Threads, pendakwah PU Rahmat yang kini sedang dalam pengembaraan bersama Sumud Nusantara memaklumkan salah satu kapal telah diserang drone dan terbakar.
Kini telah tiba di Tunisia, pendakwah berusia 32 tahun itu turut memuat naik video yang memaparkan kapal tersebut sedang terbakar namun berkata tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
View on Threads
Kongsinya, semua warga Malaysia dalam keadaan selamat dan berlindung di sebuah ‘safe house’ sementara pihak berkuasa Tunisia dilaporkan memperketat dan menjaga perairan.
Kapal yang diserang drone adalah kapal utama, di dalamnya ada pimpinan GSF (Global Sumud Flotila) seperti Thiago dan Greta. Kapal saya berada di sebelah kapal diserang drone. Kapal kami selamat dan kapal yang terbakar berjaya dipadamkan api.
Untuk info, misi kemanusiaan GSF memulakan pelayaran dari pelabuhan Barcelona, pada 31 Ogos dengan usaha untuk memecahkan kepungan haram di Gaza.
Seramai 15 peserta dari Malaysia telah menyertai misi bersejarah ini termasuklah PU Rahmat, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Ardell Aryana serta pempengaruh Farah Lee.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.